Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Monday, February 18, 2013

Hajat Kuswadinata bercuti di Pulau Kapas tidak kesampaian


Wartawan Sinar Harian
18 Februari 2013
Kuswadinata
Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang.
Percutian bersama keluarga ke Pulau Kapas, Terengganu adalah hajat terakhir Kuswadinata, namun ia tidak kesampaian apabila pelakon veteran itu meninggal dunia pada petang Sabtu.

Menerusi laporan Bernama, isteri Allahyarham, Kamariah Mohd Said, 57, berkata, Kuswadinata sering menyuarakan hajatnya itu semasa beliau terlantar di hospital sejak tahun lepas.

“Beliau sering berkata ingin ke sana selepas pulih daripada penyakitnya, namun hajatnya tidak kesampaian,” katanya.

Menurutnya, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kerap menasihatinya agar tidak meninggalkan solat serta menjaga anak-anak.

Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 5.07 petang setelah mengalami pendarahan pada usus kecil dan muntah darah.

“Lebih menyedihkan, beberapa hari lepas, Allahyarham beritahu saya ‘Saya akan merindui kamu’, dan saya tidak menyangka ada maksud di sebalik kata-kata itu,” kata Kamariah, ibu empat anak berumur antara 23 dan 27 tahun hasil perkongsian hidup bersama arwah.

Antara rakan artis yang menziarahi jenazah ialah Rosyam Nor, Aznah Hamid dan Datuk Aziz Singah.

Sementara itu, pelakon yang juga anak saudara Allahyarham, Heryanto Hassan, 42, menyifatkan arwah sebagai mentornya dalam dunia lakonan.

“Arwah banyak ajar saya. Dia antara insan yang bawa saya lebih ke depan dalam industri lakonan,” katanya.


Derita kanser

Allahyarham yang mula merosot kesihatannya pada 2008 akibat kanser usus turut menghidap penyakit lain seperti penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga menyukarkannya membuang air kecil secara normal.

Malah, sejak lima tahun yang lalu, Allahyarham kerap berulang alik ke hospital. Namun atas semangat juang yang tinggi, Allahyarham berjaya melawan kesakitan dan tetap menerima tawaran lakonan.

Namun, sejak akhir tahun lalu, kesihatan Allahyarham beberapa kali merosot dan doktor sendiri telah meramalkan jantungnya boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja.

Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfi leman Cathay Keris.

Lakonan pertama Allahyarham adalah sebagai pelakon pembantu dalam fi lem Orang Lichin di samping seniman Datuk S. Roomai Nor.

Atas lakonan yang cukup berkesan, Tan Sri P Ramlee telah menawarkan Allahyarham untuk berlakon bersama dalam fi lem Antara Dua Darjat. Selepas itu, Allahyarham turut membintangi filem Seniman Bujang Lapok dan gelaran Abang Kus kekal sehingga kini.

No comments:

Post a Comment