Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Thursday, July 14, 2011

Kemelut Madu (KM) 1- 3

  
Aku teringat peristiwa Arwah abg Khair yang ditangkap sekeluarga. Dia, isterinya & tiga orang cahayamatanya. Atas tuduhan pecah rumah & menjual barangan curi.

"Naz mereka sepak macam anjing iDAN, tapi mereka tidak sepak di bahagian yang meninggalkan kesan lama" Cerita Arwah abg Khair

Isteri, dua lagi anak perempuan abg Khair boleh diikat jamin, tapi abg Khair & anak sulungnya Naz kena tahanan reman selama dua minggu. Naz masa itu sedang menunggu keputusan SPM.

"Minggu pertama memang kami teruk kena belasah, memang langsung tiada simpati & kemanusiaan di hati mereka iDAN" Cerita abg Khair. "Mereka tak pukul atau berkasar pada minggu kedua mungkin takut ada kesan & kita membuat laporan" memang itu caranya sesetengah Balai Polis untuk mengorek rahsia.

Memang masa itu Arwah Apak terpaksa menjamin RM25,000 untuk lima orang. Seorang RM5,000. Terpaksa pasang peguam untuk melawan kes dakwaan pihak Polis. Rumah pusaka di mana keluarga Arwah abg Khair tinggal habis digeledah untuk mencari bahan bukti kesalahan.

"Zaini, kau tolonglah adik kau yang telah masuk lokap..." Rayu ayah.

"Nantilah ayah... saya telefon Balai Polis tu nanti" jawab Yoep Zaini ayah kenapa AC Mizal.

Masa itu Yoep Zaini memang telah menjadi Ketua Polis di banyak balai. Menurut abg Khair bukannya Yoep Zainai mahu menolong

... bersambung!!!

Kemelut Madu 2
Masa itu Yeop Zaini memang telah menjadi Ketua Polis di banyak balai. Menurut Abg Khair bukannya Yoep Zaini mahu menolong Sebaliknya Abg Khair mendapat maklumat dari anggota polis yang rapat dengan dia;

"Korek saja apa kesalahan adik saya itu, supaya dia jeran & berubah laku, kalau dia benar bersalah, cari bukti, geledah rumah dia; Dapat saja bukti dakwa saja dia di mahkamah" kata seorang abg tiri yang memang tiada bab tolong menolong di kamus hidupnya. Biar adik tiri sekalipun.

Yeop Zaini jenis ikut buku. Jaga nama, jaga status. Kalau tak masakan mudah dari Inspektor, naik ASP, Naik dari Penolong Pesuruhjaya.. entah apa lagi pangkat sampai jadi Ketua Polis Daerah. Takkan kerana adik tiri yang buat hal nak rosakkan taraf & pangkat yang Yeop Zaini miliki kini. Buruk punya telahan namun itulah kenyataannya.

Dua minggu pengalaman di lokap memang amat memeritkan, sudahlah kena pakai seluar dalam saja. Yang kasihan Naz, apalah kena mengena dengan masalah ayahnya Abg Khair. Benarkah Abg Khair seorang penjenayah & asyik pecah rumah serta kebas barangan orang. Aku sebagai adik sendiri memang amat kabur akan watak abg aku seorang ini. Banyak sangat cerita Abg Khair yang merisau & memeningkan aku. Pernah satu ketika heboh sekampung, katanya abg Khair pecah rumah Wan Tekah. Ketok kepala Mak Su anak saudara Wan Tekah sampai pengsan.

"Sekejam itu ke abg aku ini?" desah hatiku.

Sebelum kejadian tangkap & kena sumbat dalam lokap. Ada Abg Khair cerita aku, dia mengamuk tembak si Pawi (Bukan nama sebenar) teman yang dikenali juga. Puncanya kes barangan terpakai juga. Masa itu abg Khair membuat perniagaan barangan elektik terpakai. Pawi teringin sangat nak jadi rakan niaga barangan terpakai, tapi Abg Khair enggan lantaran memang janji dia dengan tauke, tak mahu ramai sangat pembekal bagi satu daerah. Pawi boleh marah amat & datang malam-malam dengan minyak tanah cuba membakar rumah pusaka kami, di mana abg Khair tinggal dengan tiga isterinya. Masa itu abg Khair telah punyai belasan anak. Jadi dah ramai anak mestilah tak tidur selena mana.

Isterinya yang bungsu Aina yang terjaga, menjerit & mengejutkan seisi rumah. Api marak di ruang varenda. Hampir membakar dinding & pintu utama. Kelam-kabut seisi keluarga memadamkan api. Nasib baik takdir Ilahi api dapat dipadamkan dari semarak membakar dinding papan yang semakin usang.

Suami mana yang sanggup biarkan tiga isteri dibaham api. Suami mana yang sanggup membiarkan belasan anak rentong dimarak api. Maka itu memang Abg Khair hilang sabar. Pergi menyerang hendap di kampung sebelah. Kg Redang Sawa. Mangsa dapat diintip dalam samar malam, beberapa das tembakan dilepaskan. Tapi bukan atas dada, aras kaki sekadar untuk mengajar saja. Memang Abg Khair nekad biar masuk lokap tak apa, asalkan maruah keluarga dijaga. Bukan mahu membunuh tapi mengajar orang yang memang telah berniat membunuh sekeluarga Abg Khair. Kemudian Abg Khair terus ke Balai Polis, Kota Bharu Perak.

"Datok... saya telah tembak orang yang cuba membakar saya sekeluarga, jika dia membuat repot di balai, saya sedia bertanggungjawab" tak banyak soal jawab & abg Khair pulang.

Sehari, dua hari malahan berminggu abg Khair menunggu takut jadi kes, takut dapat tahanan reman. Senyap. Seluruh kampung tahu. Pawi terlantar di rumah tak boleh berjalan, taklah separah mana sebab kena kaki sahaja, penabur senapang patah Arwah apak. Pawi tak berani keluar kampung. Jumpa Abg Khair lagilah tak berani. Semua tahu dia yang cuba bakar rumah Abg Khair. Rumah pusaka kami.

Kini akhirnya Abg Khair masuk lokap juga tapi tertuduh berkait dengan kes lain, bermula dari perbalahan keluarga & campur tangan ayah mertua isteri ketiganya Kuna. Arwah Abg Khair memang jenis orang kurang sabar. Dia bawa senapang kepunyaan Arwah ayah... sampai ke Kuala Kangsar mengungut nak bunuh ayah mertua. Sampaikan satu kampung ayah mertuanya bagaikan darurat, perintah berkurung. Itu yang kena cekup satu keluarga. Lantaran memang Kes bawa senjata luar daerah satu hal, berkait pula kes pecah rumah, konon jual barangan curi, dari mana polis dapat berita semua itu. Pawi ke yang buat cerita!.. entalah kait-berkait.


Posted on 29.9.2006 at 11:34 PM

Kemelut Madu 3

"Ya Allah abg kau iDAN boleh mengamuk di kampung kami. Wan Cik punyalah takut, semua orang kampung mengurung diri di rumah..." Aku teringat Wan Cik, Kakak kepada Arwah Emak (Mak Saudara) mengadu peristiwa cemas Abg Khair mengamuk.

Arwah Emak adalah anak bungsu dari tujuh adik beradik. Cuma Wan Cik sahaja yang masih ada. Yang lain semuanya telah meninggal dunia. Kebetulan Wan Cik tinggal sekampung dengan Kak Kuna isteri kedua Abg Khair kini. (Tak termasuk Kak Murni yang diceraikan)

Itulah asal kejadian kenapa Abg Khair kena tangkap tahanan reman.

Abg Khair tak sempat buat apa-apa pun memang polis telah bersedia sedari awal. Dari sepanjang hari mengintip rumah Pak Mertua Abg Khair. Tentunya ayah Kak Kuna; bapa mertua telah membuat repot balai. Elok saja Abg Khair keluar pintu van terus kena serbu, digeledah van & memang jumpa sepucuk senapang patah. Tak sempat pun Abg Khair mengamuk.

Memang adat orang kena tahanan reman, apatah lagi kes jenayah seperti yang Abg Khair; tertuduh pecah rumah & memang ada kes menanti cubaan membunuh serta banyak kes lagi. Teruk kena belasah biarpun tiada bukti kukuh yang Abg Khair bersalah. Dari kes membawa senjata api luar daerah, tuduhan pecah rumah, melarat-laratlah yang polis babitkan. Paling sedihnya Naz anak sulung Abg Khair, tak pasal-pasal jadi saksi penting, dia juga teruk dibelasah.

Aku masih punyai barangan kesayangan di rumah pusaka. Antaranya batu-batu cincin, barangan kemas kenangan dari ibu, surat-surat penting sejak aku sekolah lagi dan banyak lagi barang kenangan. Memang aku kunci dalam sebuah beg. Banyak lagi barangan kenangan dalam beg yang berkunci di rumah pusaka itu. Memang kalau aku balik ke kampung aku akan pasti membuka beg tersebut melihat kalau-kalau ianya diusik orang. Habis dipecah oleh polis gerladangan.

Lesap. Batu cincin yang aku temui semasa menyapu halaman rumah paling aku sayang. Kata Wan Lebor, batu cincin itu pemberian keluarga Bunian yang memang berkampung di paya belakang rumah. Taharin gila sebelah rumah selalu sebut nama keluarga bunyian itu. Seri Wangi Kasturi, entah siapa lagi namanya keluarga Bunian yang disebutnya. Memang batu itu cantik, hidup di mana ukiran awan larat di batunya sentiasa berubah-rubah. Aku pun silap tak cepat-cepat ikat untuk dijadikan cincin. Ada lagi batu Delima yang sahabat pena aku kasi amat aku sayang. Juga lesap. Batu misteri pemberian Oyang dari keturunan Sri Naga sebelah arwah ayah juga lesap. Aku masih ingat bagaimana payahnya untuk mendapat batu Sri Naga itu. Siap kena mengadap pangkat Oyang menurun. Itu pertama kali aku mendengar orang dedulu menyebut berjalan-jalan atau bertandang itu ... melayang... Kalau melayang bukankan sudah jadi bukan manusia biasa. Siapa iyer?

Memang beg yang menyimpan barangan kenangan aku habis terkopak. Abg Khair kata memang dia tak berani nak usik barangan aku. Polis yang memecah kunci tersebut. Kononnya nak mencari bahan bukti untuk nak mengsabitkan kes Abg Khair. Sampai kini memang aku teringat-ingat akan batu-batu tersebut. Aku tahu setiap batu yang hidup memang ada penjaganya. Selalunya jika tidak serasi dengan kita memang dia akan hilang sendiri. Dalam kes aku, apakah tak serasi dengan aku atau lantaran angkara polis gerladangan atau pencuri yang memang tidak bertanggungjawab.

- bersambung

3 ulasan:

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...
Sudahnya dapat tahu tak pasal batu2 tu? Betul2 dicuri atau hilang dengan sendiri?
iDAN berkata...
Hilang!, kalau terbuka kuncinya memanglah lesap;

Arwah Abg kata memang keluarganya tak berani nak buka kunci tersebut!

Nak buat macam mana Vic.
2:29 AM

asilahmuhajer berkata...
kan best kalau dapat tengok gambar batu2 tu..
8:43 PM

Untitled
anonymous | Posted on 30.9.2006 at 1:38 AM
Assalamualaikum saudara Idan. Blog Kemelut Madu 3 seperti biasa, amat menarik. Cuma seperti blog terdahulu, saya tertanya-tanya latarbelakang nama-nama yang disebut. Alangkah baiknya untuk saya (dan mungkin pelayar-pelayar blog Lain?) menghayatinya dengan lebih mendalam, di sertakan intro atau background. Maaf sekiranya menyinggung, permata yang menyerlah daan bersinar-sinar itu lebih bermakna sekiranya kita tahu asal usulnya kan? Salam hormat. Buka puasa hari ni kat mana ye?



Terima Kasih
iDAN | Posted on 1.10.2006 at 5:49 AM
Mungkin ada kalangan pelayar Blog yang masih amat awal mengenali saya, keluarga saya & kegiatan penulisan saya. Jadi banyak tak tahu tentang kesinyambungan penulisan saya sejak sekitar tahun 1970an lagi. Lagipun berkarya sekadar melepaskan rasa resah dalam diri. Bukanlah tumpuan yang jitu & berterusan. Jadi tidaklah saya seorang yang dikenali ramai. Sebenarnya banyak karya saya masih terdapat dalam tripod, sedikit tentang keluarga saya dalam geocities (kini telah tiada) & saya sedang mengumpulkan semua karya puisi saya yang tertaburan di internet dalam idan.easyjournal.com. Sememangnya dalam Blog ini kisah yang dipaparkan adalah berkaitan dengan kehidupan saya & pembacaan saya.

InsyaAllah saya akan perincikan setiap watak dalam KM ini; satu persatu tetapi kena rajin mennghayati ceriteranya mungkin bertahun-tahun baru selesai ceriteranya.