Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Saturday, July 20, 2013

Ramadan 11

Hari ini telah 11 Ramadan 1434; Alhamdulillah aku masih sihat & dapat menunaikan Tarawih berjemaah di surau Jenaris. Ada sehari hanya sempat berjemaah 2 rakaat sebab aku tak berapa sihat. Bila makan ubat badan amat dedo tertidur di meja komputer setelah solat Isyak. Surau & rumak tak jauh mana. Tak ada masalah nak solat di surau atau di rumah. Sebab suara imam membaca bacaan solat jelas kedengaran.

Suasana surau sudah tak berapa padat berbanding 3 hari awal Ramadan.Ada beberapa saf kosong. Kemeriahan anak-anak bermain di kawasan surau menyemarakkan suasana Ramadan. Isunya entah berapa Ramadan lagi aku sempat solat berjemaah. Entah esok entah lusa aku akan dipanggil pulang. Sakit kronikku masih terkawal tetap tak pasti keadaannya di esok hari.


Mayat jurutera kapal MT Samudera berjaya dikeluarkan

PONTIAN 20 Julai - Mayat jurutera kapal MT Samudera yang terbakar di perairan Selatan Pulau Kukup dekat sini Ahad lalu berjaya dikeluarkan hari ini setelah tujuh hari terperangkap dalam kapal berkenaan.

Mayat warga India itu G. Srinivasan, 49, yang terbakar hampir 95 peratus badannya ditemui oleh pasukan forensik Maritim Malaysia di bilik kawalan jentera utama kapal berkenaan kira-kira 3.30 petang.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor Baharu, Kapten Maritim Aminuddin Abd. Rashid berkata operasi mengeluarkan mayat berkenaan mengambil masa kerana terpaksa menunggu sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.

"Kebakaran hanya dapat dipadamkan sepenuhnya semalam dan hari ini pihak bomba sekali lagi memasuki kapal berkenaan untuk memastikan keadaan di dalam kapal selamat untuk dimasuki bagi membolehkan operasi bersepadu mengeluarkan mayat mangsa dilakukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian telah dipindahkan ke kapal KM Sibuan menuju ke Jeti Marin Pantai Lido sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, July 19, 2013

Wanita mengaku salah mengabaikan anak

KUCHING: seorang wanita dipenjara empat tahun selepas mengaku salah mengabaikan anaknya sehingga bayi lelaki sembilan bulan itu meninggal dunia tiga hari slps dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 6 julai lalu.

Melissa Nawawi, 28, mengaku salah mengikut peetuduhan Seksyen 31 (1)(a) akta kanak-kanak 2001 di depan Majistret Zulhairil Sulaiman.

Wednesday, July 17, 2013

Seram atau Keseraman.. jangan cakap besar!!

Dah tengok cerita Karak?

Boleh tahan juga cerita dia... aku suka dia punya antoo cakap.. 'Kata org beriman kenapa lari' ahahhaha...

SINOPSIS CITE:

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

dulu time aku kecik2 slalo gak dengar pasal karak ni...
org2 tua ada gak cite..pasal Volkswagen kuning.. tak ada pemandu, mcm2 la.. kat karak ni...
sebab tak ramai lalu.. tu dulu tahun 80-90an.. ada paling terbaru aq lalu... pergh mlm bersusun lori..
kira karak ni tak sunyi pown sebenarnya..ada cerita versi lain.. kalau lalu Gua Tempurung tu..tapi tak tau la.. tu semua ceritaorg yang dah berpengalaman lalu kat stu,, dekat2 dengan Plaza Tol Jelapang yg kemalangan dulu tu..
lain la.. ENDAU-ROMPIN... memang tak ada org lalu mlm2.. sikit saja kereta... hahah tengah-tengah hutan simpan tu.. kalau hujan renyai2 lalu masa tu pukul 1lebih.. dalam nantok2 tu.. aq terusya kelibat seorang pakcik dengan rilex nya naik basikal.. hujan2 renyai... nak sedapkan hati.. member aq ckp.. ader org meninggal kot.. itu sebablah.. aq mls nak pikir.. tidur lagi bagus...aq dah smpai jb baru la aq tanye member aq.. pejadah tol la pakcik tu..

hahaha..wat line clear sudah.. haha aku pun cuba tnye member2 yg penah lalu situ... alamak versi sama brade..

Ni cerita dia...

Pengalaman seram ini adalan cerita yang pernah aku dengar dari kawan-kawanku. Aku tidak pasti kebenarannya. Walau bagaimanapun biarlah ianya menjadi tatapan umum sebagai panduan dan teladan.

Ali (bukan nama sebenar) sedang dalam perjalanan pulang kekampung untuk bercuti hari raya di Kelantan. Sewaktu melalui jalan sunyi dikawasan Endau-Rompin, Ali teringat akan kisah-kisah yang pernah didengar. Bulu romanya meremang. Lekas-lekas dia menaikkan tingkap keretanya dan memasang radio kuat-kuat. Tiba-tiba melintas seekor binatang dihadapan keretanya. Dengan segera dia menekan brek tetapi tidak sempat. Dia telah terlanggar seekor tenggiling. Ali menyumpah kerana dia baru sahaja membeli kereta barunya minggu lepas. Belum pun sempat nak tayang dekat orang di kampung dah bercalar. Dia segera keluar dan memeriksa kesan di keretanya. Memang ada kesan calar dan kemik. Ali bertambah berang. Dia menyepak-nyepak tenggiling yang masih mengelupur sambil menyumpah-nyumpah. Tiba-tiba lalu seseorang dengan berbasikal. Orang tua itu cuma memandang tegak ke hadapan tanpa menoleh. Ali yang sedang marah terus merungut-rungut sendirian. Katanya orang-orang kampung dikawasan itu sombong. Langsung tidak mahu menoleh atau menegur. Katanya lagi, itu baru dapat basikal buruk, belum lagi kereta baru seperti dia. Kalau dah dapat kereta, agaknya orang tua tu main langgar je sesiapa yang dia nampak. Begitu rungutan Ali yang baur riak.

Ali meneruskan perjalanan. Apabila dia hendak memintas orang tua yang berbasikal tadi, dengan sengaja dia menekan clutch dan minyak supaya bunyi keretanya bertambah kuat dan sambil itu dia membunyikan air-horn yang baru dipasangnya semalam. Dia ketawa kecil sendirian sambil berkata dalam hatinya, "Padan muka kau. Lain kali sombong kat aku lagi..". Apabila dia melihat cermin pandang-belakang, kelibat orang itu tidak kelihatan. Mungkin dia dah tersungkur dan mengelupur macam tenggiling tadi, bisik hati Ali sambil tersenyum puas.

Ali terus membelah malam melalui jalan sunyi yang memang terkenal dengan berbagai cerita seram. Keadaan jalan yang penuh dengan selekoh membuat Ali tidak dapat hendak memecut keretanya lebih dari 90 km sejam. Perasaan marahnya tadi telah menghilangkan rasa takutnya. Dia menurunkan tingkap untuk menyedut udara malam yang segar sambil mendengar radio dengan kuatnya. Tiba-tiba siaran radio terhenti. Suasana menjadi sunyi. Ali bersungut, "Boring betul lalu kat kawasan hutan ni, siaran radio pun tak dapat. Patut la orang-orang kawasan ni tak pandai bergaul". Suasana sunyi membuatkan Ali merasa mengantuk. Tiba-tiba matanya menjadi segar apabila melihat orang tua berbasikal tadi berdiri dibahu jalan sambil tersenyum apabila kereta Ali melintas dihadapannya. Ali gugup seketika. Dia membuat andaian, mungkin itu cuma mainan perasaan. Dia melihat cermin pandang-belakang. Orang tua tadi tidak kelihatan. Hatinya lega.

Tidak lama kemudian dia menjadi berdebar-debar semula apabila terdengar seperti suara orang berbual betul-betul disebelah kanannya. Cepat-cepat dia menaikkan tingkap. Tetapi suara tadi masih jelas kedengaran. Sesekali dia terdengar seperti suara itu memanggil-manggil namanya mendayu-dayu. Denyutan jantungnya semakin laju dan begitu juga dengan kereta yang dipandunya. Kalau boleh dia ingin segera sampai ke pekan yang terdekat. Tiba-tiba di hadapannya berdiri orang tua tadi bersama basikalnya. Ali sempat melihat yang orang tua tadi tidak mempunyai kaki. Dia seolah-olah terapung di tengah-tengah jalan sambil tersengih. Suara hilaian memekakkan telinganya. Ali sudah tidak dapat mengawal keretanya lalu terbabas. Keretanya menjunam kedalam gaung. Menurut cerita, sewaktu orang ramai termasuk orang-orang kampung datang hendak memberi bantuan, mereka tidak dapat hendak berbuat apa-apa kerana Ali tersepit di bawah keretanya yang terbalik. Keempat-empat tayar keretanya ke atas dan Ali tersepit di bawahnya. Dia cuma menggelupur menahan sakit sambil merayu-rayu lemah meminta pertolongan.

Menurut cerita orang-orang kampung, memang sering terjadi kemalangan di kawasan itu dan mereka tidak merasa pelik kerana jalan di situ memang penuh dengan selekoh, gelap dan sunyi. Mungkin ia membuat pemandu memandu laju kerana suasana sunyi dan menyeramkan.

Dari cerita di atas dapatlah aku membuat andaian bahwa kita jangan bersikap zalim terhadap sesama makhluk Allah dan jangan takbur. Kita juga harus sentiasa berhati-hati apabila memandu dikawasan yang kita tidak biasa melaluinya. Dan jangan sekali-kali memandu diwaktu malam sendirian terutamanya jika kita akan melalui jalan sunyi yang penuh dengan bahaya.




Ngeri! Bas Ekspress Hancur Rempuh Treler Di Gopeng

Ngeri! Bas Ekspress Hancur Rempuh Treler Di Gopeng | Sekarang lebuhraya di kawasan Gopeng menjadi sebutan gara-gara banyak berlakunya kes kemalangaan dalam tempoh yang singkat. KisahBest.My dimaklumkan terdapat sebuah lagi kemalangan berlaku membabitkan sebuah bas penumpang ekspress dan sebuah treler. Kejadian ini dipercayai apabila pemandu bas tersebut melanggar bahagian belakang treler menyebabkan pemandu tersebut maut di tempat kejadian. Boleh lihat gambar kemalangan di bawah ini.

Belum reda insiden yang mengorbankan seorang remaja, lima hari lalu, Selatan berhampiran Gua Tempurung, di sini tengah malam tadi membabitkan sebuah bas ekspres dan treler serta menyebabkan seorang pemandu bas ekspres maut.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, mangsa, Abdul Rahim Musa, 57, maut di tempat kejadian selepas bas yang dipandunya membawa 13 penumpang merempuh bahagian belakang sebuah treler muatan air minuman.

Insiden yang berlaku di Kilometer 304.6 itu turut mengakibatkan 10 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, cedera.

Mangsa yang berasal dari Jalan Hospital, Ipoh mengalami kecederaan di kepala dan dada akibat tersepit di bahagian tempat duduk.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, hasil siasatan awal mendapati, bas yang dipandu di lorong perlahan itu secara tiba-tiba merempuh treler yang turut berada di lorong sama menyebabkan kenderaan remuk teruk di bahagian depan.

Menurutnya, anggota Bomba dan Penyelamat Gopeng dengan bantuan bomba Tapah diketuai Peguasa Bomba Kanan II, S Ganasan terpaksa menggunakan alat keselamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

“Sementara 10 penumpang yang cedera termasuk seorang parah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengambil keterangan pemandu treler, semua keterangan penumpang yang terselamat sudah direkodkan.

Gambar Misteri Kemalangan Maut di Pulau Indah Semalam

Ini adalah sumber dari kawan baik saya di Pulau Indah. semalam berlaku satu kemalangan maut membabit kan sebuah motorsikal. Kemalangan ini menyebabkan pemuda yang tinggal bersama ibu di Pulau Indah, maut di tempat kejadian. Pecah kepala katanya.

Salah seorang rakan telah sempat mengambil gambar kemalangan langgar lari itu. Tetapi terkejut apabila gambar itu menunjukkan satu figura misteri di sidemirror nya.

Tengok yang saya bulatkan. Kalau tengok nampak macam orang tapi nampak macam terapung-apung pun iyer. Salah seorang kawan telah zoom in gambar untuk dan cakap ‘orang’ itu tak ada kepala. saya tak tau la nak buat kesimpulan apa , tapi saya tetap rasa itu cuma orang yang menyaksikan kemalangan tersebut.

Gambar Misteri Kemalangan Maut Pulau Indah

Ini adalah sumber dari kawan baik saya di Pulau Indah. semalam berlaku satu kemalangan maut membabit kan sebuah motorsikal. Kemalangan ini menyebabkan pemuda yang tinggal bersama ibu di Pulau Indah, maut di tempat kejadian. Pecah kepala katanya.
Salah seorang rakan telah sempat mengambil gambar kemalangan langgar lari itu. Tetapi terkejut apabila gambar itu menunjukkan satu figura misteri di sidemirror nya.

Kemalangan Maut PUlau Indah

Tengok yang saya bulatkan. Kalau tengok nampak macam orang tapi nampak macam terapung-apung pun yea. Salah seorang kawan telah zoom in gambar untuk dan cakap ‘orang’ itu tak de kepala. OMG.. isnt that scary. saya tak tau la nak buat kesimpulan apa , tapi saya tetap rase itu cuma orang yang menyaksikan kemalangan tersebut.

Gambar Misteri Kemalangan Maut Pulau Indah

- See more at: http://www.tokobakso.com/cerita/seram/gambar-misteri-kemalangan-maut-di-pulau-indah-semalam.html#chitika_close_button

Semalam


Ini adalah sumber dari kawan baik saya di Pulau Indah. semalam berlaku satu kemalangan maut membabit kan sebuah motorsikal. Kemalangan ini menyebabkan pemuda yang tinggal bersama ibu di Pulau Indah, maut di tempat kejadian. Pecah kepala katanya.
Salah seorang rakan telah sempat mengambil gambar kemalangan langgar lari itu. Tetapi terkejut apabila gambar itu menunjukkan satu figura misteri di sidemirror nya.

Kemalangan Maut PUlau Indah

Tengok yang saya bulatkan. Kalau tengok nampak macam orang tapi nampak macam terapung-apung pun yea. Salah seorang kawan telah zoom in gambar untuk dan cakap ‘orang’ itu tak de kepala. OMG.. isnt that scary. saya tak tau la nak buat kesimpulan apa , tapi saya tetap rase itu cuma orang yang menyaksikan kemalangan tersebut.

Gambar Misteri Kemalangan Maut Pulau Indah

- See more at: http://www.tokobakso.com/cerita/seram/gambar-misteri-kemalangan-maut-di-pulau-indah-semalam.html#chitika_close_button
Ini adalah sumber dari kawan baik saya di Pulau Indah. semalam berlaku satu kemalangan maut membabit kan sebuah motorsikal. Kemalangan ini menyebabkan pemuda yang tinggal bersama ibu di Pulau Indah, maut di tempat kejadian. Pecah kepala katanya.
Salah seorang rakan telah sempat mengambil gambar kemalangan langgar lari itu. Tetapi terkejut apabila gambar itu menunjukkan satu figura misteri di sidemirror nya.

Kemalangan Maut PUlau Indah

Tengok yang saya bulatkan. Kalau tengok nampak macam orang tapi nampak macam terapung-apung pun yea. Salah seorang kawan telah zoom in gambar untuk dan cakap ‘orang’ itu tak de kepala. OMG.. isnt that scary. saya tak tau la nak buat kesimpulan apa , tapi saya tetap rase itu cuma orang yang menyaksikan kemalangan tersebut.

Gambar Misteri Kemalangan Maut Pulau Indah

- See more at: http://www.tokobakso.com/cerita/seram/gambar-misteri-kemalangan-maut-di-pulau-indah-semalam.html#chitika_close_button

Semalam


Ini adalah sumber dari kawan baik saya di Pulau Indah. semalam berlaku satu kemalangan maut membabit kan sebuah motorsikal. Kemalangan ini menyebabkan pemuda yang tinggal bersama ibu di Pulau Indah, maut di tempat kejadian. Pecah kepala katanya.
Salah seorang rakan telah sempat mengambil gambar kemalangan langgar lari itu. Tetapi terkejut apabila gambar itu menunjukkan satu figura misteri di sidemirror nya.

Kemalangan Maut PUlau Indah

Tengok yang saya bulatkan. Kalau tengok nampak macam orang tapi nampak macam terapung-apung pun yea. Salah seorang kawan telah zoom in gambar untuk dan cakap ‘orang’ itu tak de kepala. OMG.. isnt that scary. saya tak tau la nak buat kesimpulan apa , tapi saya tetap rase itu cuma orang yang menyaksikan kemalangan tersebut.

Gambar Misteri Kemalangan Maut Pulau Indah

- See more at: http://www.tokobakso.com/cerita/seram/gambar-misteri-kemalangan-maut-di-pulau-indah-semalam.html#chitika_close_button

km230 melaka-bangi

kejadian berlaku pada hari jumaat malam sabtu atau lebih tepat 2 pagi sabtu...

Baru saja balik dari melaka.cod helmet bersama mbcians hafizumi.borak2 tak sedar jam sudah pukul 1.30 pagi.esok kerja.maka dengan mata terpisat2 macam nak pejam mengundurkan diri dari melaka.senyum sendiri poket berisi. keseorangan menunggang motor menuju ke bangi.purata kelajuan dlm 80-100km disebabkan mengantuk.lebih berhati2..

Dari kejauhan ternampak sebiji iswara putih sedan lembab saja jalan.mungkin dia pun mengantuk sama.lingkungan 500 meter dengan iswara putih tiba2 hidung bau seakan2 sesuatu.mengembangkan sedikit lubang hidung untuk cam apa bau ini.rupanya...BAU BANGKAI!!.rasa seram mula perlahan nak masuk.menghilangkan rasa resah ahh..mungkin ada binatang mati tepi jalan.....membuntarkan mata takut terlanggar...

Semakin dekat iswara putih semakin kuat bau dia.bacaan selawat mula meniti di bibir.semakin dekat...10,9,8,7,6,5,4,3,2....1 signal ke kanan lalu memotong iswara putih.selari dengan iswara tersebut ku sipikan mata untuk menjeling kereta tersebut...ALLAHUAKBAR!!!enjin remuk hancur!!....throttle dipulas maximum....

*pelbagai persoalan timbul
-ikutkan total loss tapi kenapa bergerak??
-bau bangkai atau mayat??

masuk hari ni genap 4 hari kejadian tersebut.genap jugak 4 hari demam aku tak kebah2....
hati-hati semua...
km230 melaka-bangi

Hantu Gua Musang-Kuala Lipis..

Tarikh keramat 3 hb Jun, aku pada masa tu memang dah bersiap sedia untuk bertolak dari KL ke Machang, Kelantan, sempena majlis perkahwinan sepupu aku. jadi mak dan adik beradik sekeluarga dah pun berlepas dari Kuantan ke Machang, cuma tinggal aku dan abang aku sahaja yg melalui KL - Machang..


Bermulalah episod perjalanan jauh jam 12 tgh malam - 7.30 pg ..

aku memandu sorang2 sahaja mengekori kereta abangku bersama isteri, adik ipar nya dan anak kecil nya

Melalui Karak Highway kemudian ke Bentong dan Raub serta melalui Kuala Lipis tidak langsung menggambarkan masalah, cuma menuju ke kawasan Bukit Tinggi antara Kuala Lipis Gua Musang dan juga Bukit Tujuh sedikit sebanyak meresahkan dengan adanya lori2 berat menghalang laluan..


Betul2 berada di atas bukit tinggi kereta aku menyusur perlahan2 mengekori kereta2 lain..memang aku rasa tak sedap hati sangat tambahan kiri dan kanan sangat2 gelap cuma diterangi lampu kereta2....

Kemudian, aku terdengar bunyi mendengus sekali dari belakang..mulanya langsung aku tak hiraukan..aku fikirkan mungkin bunyi tayar kereta..lepas selang 5 saat bunyi mendengus sekali lagi seakan2 bunyi kucing yg bergomol, dan pada saat itu lah tiba2 bulu roma aku berdiri tegak 90 darjah, darah aku menyirap dari tapak kaki terus naik ke ubun2 kepala..masa tu aku rasa macam nak pitam.....Semestinya aku rasa seperti ada benda kat belakang aku...memang aku tak nampak tapi aku boleh rasa ...Sebelum kejadian ni aku tak penah langsung terfikir kan hantu malah aku cuma risau dengan lori2 berat yg perlu memandu dengan hati2 ..

Aku mula kuatkan bunyi lagu2 mp3 yg dipasang..masa tu cd ayat2 al quran abang aku dah ambik awal2 lagi :mad: :mad: so aku hanya pasang mp3 lagu2 lama2 dengan kuat sambil mulut membca ayat2 al-Quran...

Lepas je aku memotong lori, aku masih lagi rasa benda tu kat belakang..aku capai hp nak dail abang aku tapi masa tu signal takde :mad: :mad:


Aku kena abiskan jalan bukit2 dulu dengan benda tu..memang terasa sangat aura dari belakang aku..kereta tak berat tapi tekanan tu datang dari kepala dan belakang aku...

Kereta abg aku di depan dan aku di belakang..pelik....lori2 berat tadi ke mana? tiba2 gelap ajer ...memang pelik ..baru sahaja aku melepasi lori tersebut :mad: :mad:

Apa lagi, aku terus high beam dan memecut melintas kereta abg aku, abg aku masa tu katanya dah perasan ada something wrong dengan aku, jadi dia bagi aku pintas dia.....masa tu lah bila abg aku high beam lampunya, dia nampak benda hitam macam kucing besar (sebesar kambing tapi rupa macam kucing) kat bahagian belakang keta aku...abg aku terus high beam ...last2 benda tu hilang dengan sendiri nya...

Kami tak berhenti di tepi jalan malah terus sahaja perjalanan sehingga sampai di ruang rehat Gua Musang...

Masa tu lah abg aku bagi tau ada benda kat belakang kereta aku, aku memang tak nampak benda tu...

Peristiwa ini sedikit sebanyak mengajar aku betapa mencabarnya perjalanan dari KL-Kelantan...bukan hanya cabaran dengan lori2 berat, namun cabaran ini tidak kurang hebat nya...

begitulah peristiwa ngeri aku yg paling latest...:mad:




Subject: Jalan KL - Ipoh

Kejadian ni berlaku adalah setahun lebih....ni aku dlm perjalanan dr KL ke Ipoh..ikut highway lah..tempat kejadian aku tak brp pasti dekat mana tp lebih kurang lepas perhentian Tapah laaa...

Masa tu kita orang bertolak dari KL pukul 1:00 pagi, baru lepas kerja terus bertolak. Ingat sampai Ipoh subuh kira ok la. Sampai dekat tempat kejadian itu..jalan memang gelap, dan kebetulan tak ada kereta kat belakang, depan atau pun dari arah bertentangan. Kira kereta aku satu2nyalah kat jalan tu.

Memula tak ada apa ler, pastu ade kawan aku cakap, seram gak ekkk sorang-sorang kat highway nih....kita orang yang lain mengiyakan saja. Memang seram pun la, kiri kanan hutan..gelap..tak ada kereta lain. pas tu tetiba ada bunyi bedebuk kat atas bumbung kereta...terkejut beruk jugak kita orang. Lepas tu kereta terasa berat semacam...kawan aku yang memandu cakap nak berenti tenguk....ktrang sume ckp JANGANNNNN!!!!!!!!!!!..macam tulah lebih kurang.

kwn aku yg belah kiri tepi tingkap tu ade intai gak, ade ape....dia kata nampak mcm kain......PUTIH. ape lagi lagilah ktrang cuak....kebetulan dl mkete tu ade kaset org mengaji...trus pasang. ade la dlm bbrp minit still sama. ade ler bbrp kete lalu dr sebelah sana tp diorang tak perasan apa2 kot...pastu...bunyi berbeduk lagi sekali tp kali ni perlahan sikit. tetiba jer kereta ringan.....dan tiba-tiba kita orang nampak mende tuh ...zastttt........terbang depan kita orang terus masuk hutan.....huii..seramnnyaaaa............nasib baik masuk hutan, kalo dibuatnye bertenggek kat dpn bonet mau sasau ktrang dibuatnya. tp samp skang tak serik gune highway tgh mlm.... drive mlm2 best.


Subject: Volkwagen kuning

Cite psl volkwagen kuning ni seram gak. Ayah aku cite die penah bertembung, kt jalan bertentangan sebelum masuk terowong tu dlm kul 3 pagi. Tapi bukan die ajak race pun, cume ayah aku kate, mase ayah lalu kt area tu, x de kete lain selain kete ayah aku. Tingkap bhg. driver x tutup rapat... for sure leh dengar bunyi engin kete yg lalu dekat ngan die, melainkan kete tu mati engin kot. tapi ayah aku kate, die cume nampak kete tu jalan ngan lampu berpasang tapi x de bunyi..cume bunyi engin kete ayah aku je dengar. Ayah aku cite, die terserempak ngan volkwagen kuning ni time awal 90an..


Subject: Highway Timur Barat

Aku ada satu cerita.....
Terjadi kat kawan aku......

Kawan aku ni cikgu di Kelantan, kampung dia asalnya di Kedah. Sekampung dengan akulah. Jadi dia selalu berulang alik lalu highway timur barat korang pernah lalu kan highway tuh..... gajah banyak tuh kat situ.

Jadi kawan aku nih nak balik kampung pada suatu cuti sekolah. Pada hari kejadian itu kebetulah kengkawan dia tak jadi balik sebab ada kokurikulum jadi nak tak nak dia kena drive sengsorang. Isk! aku cerita kat korang aku dah seram sejuk ni! sebab aku selalu guna jugak highway ni.

Malam itu dia bertolak..... sampai kat pertengahan highway timur barat ni ada satu kawasan rehat kat tengah-tengah banjaran tu. Jadi dia ingat nak rehatlah kat situ. Dalam pukul 11 malam lebih. Dia pun rehat sambil buang apa yang patut. Dekat situ pun ramai jugakyang lepak masa tu.... jadi tak la dia rasa semacam saja kan.

Lepas lepak sekejap dia pun teruskan perjalanan. Dalam perjalanan tuh dia bawa selamber sajalah kan iyerlah apa nak kejar karang bawa lelaju terbabas dalam gaung pulak. Adalah lori ikut dia dari belakang. Siap bagi lampu beam lagi. Rakan aku ni selamber sajalah. Lori tu ikut rapat sekejap sekejap beam... kejap kejap beam.... rakan aku ni anginlah jugak. Apahal mamat ni.... sampai kat Petronas dekat Banding. Rakan aku berhenti. Mamat lori ni pun berhenti juga.

Rakan aku cuak jugak . Apahal ni. Dreba lori tu datang dekat dia tanya kau bawa siapa dalam kereta tu reramai. Loh...! rakan aku kata dia sorang saja. Nak balik kampung. Dreba lori itu kata. tak apa.... kau pergi buka pintu semua kereta lepas tu pergi lepak sekejap. Rakan aku serta merta rasa nak pitam. Saapa pulak dalam kereta aku ni!.... isk! dreba lori itu pulak yang tolong bukakan pintu. Lepas tu dia orang sembang.

Dreba lori tu kata dia perasan masa dekat kawasan rehat tu lagi. Ye la rakan aku ini lepak sensorang lepas tu buka pintu empat empat pulak tuh. Lepas tu masa rakan aku belah dari situ dia nampak penuh dalam kereta rakanku tapi yang bestnya member aku tak perasan pulak ada orang ikut dia. Rakan aku gelabah bawa terus.....

Sudah lepak dan borak-borak..... dreba lori tuh kata line clear. Rakan aku ini cuak gak. Lepas itu dia kata tak apa... dia ikut dari belakang kalau ada apa apa lagi dia bagi beam.... Rakan aku iyer kan sahaja.

Alhamdullillah sampai kat Kedah tak ada apa apa terjadi. Nasib baik jumpa mamat lori itu kalau tak benda itu dah sampai kampung aku dah. Dia orang buat lawatan sambil belajar.

Itu la cerita aku... tapi aku still guna highway itu lagi walaupun tengah tengah malam sebab aku suka driving malam. Siang ngantuk.


Subject: Jalan Kem Kemuning

korang penah lalu jalan kat kem kemuning tu tak..... sebelum sampai ke plaza tol Bukit Merah.... jalan tu bengkang bengkok skit..... isk.... aku pun tak penah lalu jugak tapi kisah nih bapak sedara aku yang ceritakan.... boley tahan gak seramnya.

satu malam dia nak test jalan nih.... katanya jalan nih seram .... then dekat pukul 1.00 pg dia lalu..... sebelum lalu jalan tuh dia singgah Shell dulu...... dia pun bagi tau la kat tokey shell tuh dia nak lalu jalan tuh..... tokey tuh larang dia lalu..... bahaya katanya ..... banyak orang cerita nampak cik pon tengah kirai rambut.... korang tau kan kirai rambut..... ala cam kibas-kibas rambut ala mengoda camtuh.... ahaks.... pas tokey tuh cakap camtu dia pun sengih jek sebab memang niat dah termaktub nak carik benda tuh......

dia pun jalan jek ....... jalan tuh bengkang bengkok ...... ada kat satu spot tuh..... dia nampak cam dua orang tengah jalan ...... kebetulan sebuah keter pun tak der masa tuh..... nak tak nak..... sebab dah terpaksa..... takkan nak follow jek menda alah apa yang melengang jek tengah jalan tuh..... dah la tuh..... nampak samar-samar jek benda tuh.... dia ngan konfidennya langgar je menda tuh...... fuh.... lega takrak apa apa pun katanya lam ati..... dia pun hairan apa yang aku langgar tadi...... korang ingat apa?

cerita blum berakhir......

lepas tuh start dia dengar bunyi cam orang bercakap.... tepi telinga dia...... tepi sangat..... cam berbisik.... alahai.... meromang bulu tengkok den.... bunyi butir apa dia tak paham.... bunyi cam orang asli pun ada..... tapi betul betul tepi telinga dia..... dia cuba nak paham... tapi tak paham..... dia gelabah.... kalau aku .... aku gelabah..... bukak cd yasin..... kat mulut macam2 ayat dah baca.... yang penuh.... yang separuh, semua baca. tetiba...... bunti tuh hilang. lega kejap..... rupanya belum berakhir.

enjin keta nak mati. tersemput-semput. korang bayangkan.... isk....enjin keta auto..... tekan berderum derum tak pergi.... berat sangat rasanya.... dah la tuh semput semput lak.... dia dah berpeluh.... nyesal pun ada..... nak kencing pun ada.... nun dari jauh nampak dah lampu highway plus.... tapi nak sampai tuh rasanya cam pi Ipoh..... dia dah nak nangis...... pasang cd makin kuat..... at last ..... keter dia dah back to normal..... apa lagi pecut terus ke Bukit Merah........ lepas tuh trus balik penang.... sampai umah tidor..... 7 hari kemudian baru kebah demam..... tuh baru kena sakat belum nampak depan mata..... kalau depan mata mau ICU.... kata orang aku kalau kena..... tak tau la...... ekekekekkee




Subject: Bukit Putus

Ada member aku lalulah dekat Bukit Putus ni. Laluan dari Kuala Pilah nak ke Seremban.
Masa tu tengah malamlah dan ada orang nak tumpang. Org itu askar, siap dengan pakaian tentera.

Katanya dia tertinggal truck askar nak balik ke kem Rasah, jadi member aku ni pun tumpangkanlah. Cerita punya cerita sampailah dan askar tu pun turunlah. Lepas saja askar tu turun, member aku nie tak sedap hatilah sebab dia dah tercium satu bau-bau yang kurang menyenangkan (bau busuk yg teramatlah busuknya....) dia sampai berhenti kat petrol pam. Pergi cari apa yang berbau tapi tak jumpa.

Bila dia ingat balik, mungkin bau tu datangnya dari askar tadi tu. Masa dia cerita dengan mamat petrol pam tu ada satu pakcik itu dengar dan pakcik tu kata, memang askar tu selalu menumpang orang yang lalu. Katanya kat jalan tu dulu, ada truck askar terjunam masuk gaung. Ramai yang mati. Tak tahulah... tapi pakcik tu kata, benda ni dah lama berlaku, awal-awal 70an dulu lagi. Sekarang ni tak dengarlah pulak citer cam tul lagi.


Subject: arrrr!!!

Ini pengalaman aku sendiri, dulu masa awal 2002 aku teman member aku anta keta kat ipoh dia ni wat part time anta keta kat showroom, so bila dah anta nanti aku amik dia balik ...masa tu pun aku tgh cuti panjang....on the way g ipoh aku sorang le ni bwk keta ujan renyai2 dah senja dah dekat smp tol spg pulai dah...keta pun tak banyak, kena lalu satu gua kapur kan gua tempurung sebab aku takut minyak abis dan ujan aku tak buka acd aku buka vent udara luar, so sejuk la, tup2 je smp depan gua tu, keta berat so aku ingat normal kot kaw bukit tapi laju masa tu dalam 140 (aku nak cepat sebenarnya tu pasal laju)

Bila aku jeling kiri nampak cam org duduk kat blkg dan aku cuba alih cermin blkg aku nampak pompuan pakai tudung tgh tunduk je kat seat kiri belakang. Mau nya aku tak takut, kalau aku malatah gaknya dah arwah dah aku terbabas masuk parit sblh lane kanan atau tersasar masuk jalan sebelah.

Dalam mengigil tu aku cakap pelan2 tolong jgn kacau aku ye...aku tak kaco ko, so tolong keluar dari mana ko masuk, aku bukak sket suma tingkap pas tu dah tak de dah...keta pun ringan cam biasa...fuyoo tapi memang seram siot, balik tu aku suh member aku drive dan cerita kat dia, memang la kat ctu keras katanya..elakkan dari buka tkp dan sewaktu ngannya agaknya aku bukak vent angin luar kot tu yg dia masuk tu...mgkn taim tu gak aku period tu yang dia nak kaco. Bila ingat2 balik cam tak pecaya je.. . hish eery nyerr...tol la mak aku cakap kalo terserempak menda cam gini jgn over panic, rilek je serilek yang bleh...insyaAllah ok.


Subject: Highway plus

apa khabar kelian semua, saya nak kongsi sikit pengalaman saya di highway plus.....

pada tahun 1996 ke 1998.....saya selalu berulang alik dari KL ke Ipoh, balik kampung tiap2 minggu tengok orang tua.....saya travel naik motor maklum le....orang susah.

saya kena di kawasan pekuburan lama di behrang kalau kelian perasan....kalau dari ipoh, kubur tu sebelah kiri sebelum perhentian behrang.......kena perati betul2 kalau tak ....tak nampak......ok, saya sambung citer tadi.....semasa nak balik Ipoh dalam 11pm dari KL, bila sampai kawasan tu....beg pakaian, yang saya ikat kat seat belakang menolak saya sampai saya duduk nak ke tank minyak.....kemudian saya tolak balik ke belakang.....dia main tolak2 macam tu sampai jumpa exit yang kat depan....tempat terang baru ok....biasa saya kalau keluar KL dalam pukul 11pm....

yang lain masa di gua tempurung masa turun bukit.....tengah nak potong 1 lori pickup.....tiba2 engine mati..... tarik clucth motor kemudian lepas balik, engine tau mau hidup, tapi motor tak jammed... menolak le saya sampai exit gopeng....sampai kat bawah flyover tu sekali start je engine dah hidup......

di tempat yang sama juga....di gua tempurung......nak turun bukit juga....tiba2 lampu motor padam....sampai exit gopeng menyala balik.....mmmm

1 tempat di kawasan Tambun Ipoh, selepas kubur Islam lama...... di jalan lurus tu ada kawasan jirat cina dan india....saya dan abang ipar nak hantar kawan kat Taman Perpaduan....dalam pkl 2 am....tengah abang ipar bawak kereta....tiba2 dia cakap kau nampak apa yang aku nampak tak....saya cakap nampak....apa kita nak buat....saya cakap langgar je.....di pun langgar....bila lepas langgar...saya tengok belakang....muka dia tak puas hati....sebab kena langgar....benda yang kami langgar tu langsuir berdiri tengah jalan......

ingatkan lepas langgar tu dah tak ada.....rupanya bila kami lalu kat situ sebab nak balik..rapat setia.....dia tunggu....kali ni bila dia nampak kereta kami dia hilang.....ingat kan ok le...rupanya dia mengilai ketawa kat sebelah kereta.....tapi rupa tak nampak, suara je... sampai le kat pekan tambun baru hilang......sampai rumah saya cakap kat abang ipar ok tak....dia cakap ok....boleh tidur....tq

Ada apa di laluan PLUS – Gua Tempurung Gopeng???

maut

Kerap sangat kedengaran berita tentang kemalangan maut di laluan PLUS Gua Tempurung.
Kini, laluan ‘maut’ itu menuntut mangsanya  lagi…Seorang pemandu bas maut tersepit di celah kerusi akibat kecederaan parah di kepala  manakala 10 penumpang cedera.

Kejadian berlaku akibat sebuah bas ekspress dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh, melanggar belakang sebuah lori yang membawa bekalan air mineral. Ianya berlaku ketika bas tersebut sedang mendaki bukit.

Pemandu bas berkenaan, mati serta merta di tempat kejadian.

Sejak bulan November ini, sudah 6 kejadian kemalangan yang berlaku di sepanjang laluan PLUS – Gua Tempurung ini, walau pun melibatkan kawasan yang berbeza.

1 November : sebuah bas ekspress melekat di belakang sebuah lori dengan muatan susu getah selepas terbabit dengan kemalangan di KM307.1 lebuhraya PLUS berhampiran Tapah, kira-kira jam 11.00 malam. Tiada kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut.

4 November : 15 orang penumpang sebuah bas ekspress hampir maut setelah kenderaan yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah treler KM305 PLUS (arah utara) berhampiran dengan Gopeng pada jam 5.30 pagi.

11 November : Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki bersama sembilan lagi ahli keluarga ketika dalam perjalanan bercuti sempena meraikan sambutan Deepavali terbabas di KM299.9 PLUS (arah utara) berhampiran Gopeng pada jam 4.40 pagi.

21 November : Empat pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad,  (Propel) terbunuh, manakala empat lagi cedera parah selepas digilis dan diseret sebuah treler bermuatan makanan ringan di KM294.1 PLUS (arah Selatan) selepas susur keluar Gopeng jam 4.30 pagi.

1 Disember : Seorang remaja 18 tahun maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum dirempuh sebuah bas ekspres di KM293.8 PLUS (arah selatan) berhampiran susur keluar Gopeng jam 3.50 pagi.

4 Disember : iaitu selang 3 hari dari kemalangan yang lalu, kejadian terbaru yang membabitkan sebuah bas dan lori membawa air mineral seperti yang diceritakan di atas. Kejadian berlaku pada jam 12.40 pagi.

Kenapa jadi begini ??? Kalau diperhatikan kejadian berlaku pada waktu malam dan pagi. Rasanya, kemungkinan kemalangan berlaku akibat terlalu mengantuk.

Ha… beringatlah, teman semua… berhati-hati di jalan raya dan berhenti dan berehatlah di tempat yang disediakan oleh pihak PLUS untuk seketika sebelum menyambung kembali perjalanan ke destinasi masing-masing.

Atau !!! Jeng..jeng..jeng !!! Ada apa di laluan PLUS – Gua Tempurung tu, sehinggakan begitu kerap me”makan” nyawa manusia??? Perlukah agaknya, meminta nasihat dari para alim atau ‘pandai agama’ supaya ‘menengok-nengokkan’  kawasan berkenaan.. Mungkin ada “penghuni” lain yang mengganggu para pemandu di malam hari dan di waktu pagi..!!!

Seperti cerita berkenaan tol Jelapang (tapi tak pasti sejauh mana kebenarannya) yang juga kerap kedengaran berlakunya kemalangan yang banyak meragut nyawa manusia. Akhirnya atas nasihat para alim dan ‘pandai agama’, akhirnya tol Jelapang kini telah diubah jauh dari tempat asal… Dan, Alhamdulillah.. kemalangan maut sudah berkurangan atau boleh dikatakan tiada lagi.

Jadi !!!!

Ada apa di laluan PLUS – Gua Tempurung tuuu ???

Entah laaaa… cumaaaa !!! Lepas nie… kalau ada sesiapa yang melalui laluan berkenaan terutama dekat dengan Gua Tempurung-Gopeng, baca-bacalah apa-apa ayat yang korang tahu…jangan pandang cermin belakang… jangan tegur-tegur kalau nampak sesuatu, bimbang ada sesuatu yang sedang memerhati ….. !!!

Eeeiiii !!! SERAMMMM !!!!

p/s : kepada semua keluarga mangsa yang maut di laluan PLUS-Gua Tempurung Gopeng, takziah diucapkan… Doakan agar roh mereka ditempatkan disamping orang yang beriman (bagi yg beragama ISLAM).

PLUS -gua tempurung

Ni bukan cerita seram. Tapi nak kongsi pengalaman masa memandu dalam pukul 9 malam di PLUS dekat kawasan Gua Tempurung-Gopeng-Perak. Masa tu kitorang nak balik KL dari Ipoh. Selalunya kitorang memang ikut jalan lama, lebih seronok dan kembara (taknak bayar tol). Tapi di sebabkan hujan lebat selebat-lebatnya malam tu, Shah buat keputusan ikut lebuh raya PLUS. Aku cuma mengikut saja, sebab dia yang memadu. Lagipun takut juga, jalan biasa ni banjir. Maklumlah hujan lebat.

Sampai di gua tempurung tiba-tiba Shah brek mengejut. Aku yang tengah belek-belak telefon bimbit terkejut. Aku tanya dia apahal. Shah cakap "Awak tak nampak ke ada orang melintas jalan?" Aku geleng. Memanglah aku tak nampak dah mata asyik duk tengok telefon bimbit. Shah cakap "Fuh, nasib baik tak langgar, kalau tak, dia tumpang kereta kita" Huhuuhuu... Seram bulu tengkok aku. Dan aku rasa itu lah yang menyebabkan kemalangan selalu berlaku di lebuh raya. Mujur Shah bawa kereta perlahan dan cermat. Dia sempat brek. Kalau yang bawak laju tu, dah sah-sah masuk gaung.

Kejadian begini memang pernah aku alami beberapa kali dulu. Masa tu aku bujang, naik RG sport kesayangan seorang diri balik BG dari Kampar. Habis kerja petang pukul 11mlm. Sampai di kawasan Gunung Mesah aku nampak sesuatu di tepi jalan. Putih. Bercahaya. Aku perlahankan motor, takut terlanggar kalau benda tu melintas tiba-tiba. Aku masih biasa bila aku lalu sebelah benda tu. Walaupun dalam hati dah berpuluh ayat kursi aku baca. Benda tu pun tak bergerak. Aku tanamkan dalam hati benda tu hanya guni. Tapi lepas je melepasi benda tu, enjin aku mati. Tiba-tiba aku mati kutu. Nak taknak terpaksa menolak beberapa meter. Mujur masa tu ada beberapa kereta lalu. Bila aku tendang pedel saja motor terus hidup. Aku meneruskan perjalanan. Aku tahu benda tu bukan apa2... esoknya aku periksa motor, buka plug. Oh plug aku kotor rupanya.... Patutla enjin mati tiba2 (nak sedapkan hati).

Jangan kata aku dan Shah tak baca Bismillah sebelum memulakan perjalanan. Kami sentiasa ingat Allah. Dan sentiasa menerima qada dan qadar kalau ada perkara yang akan berlaku. Perkara sebegini tak boleh dijangka. Tuhan yang menentukan buruk baik sesuatu perkara. Buruknya sesuatu perkara untuk kita simpan sebagai iktibar. Baiknya sesuatu perkara untuk kita nikmatinya dan bersyukur. Jin dan syaitan ada di mana-mana, tapi jangan pula kita terlalu percaya pada mereka. Sebab bukan Jin dan Syaitan yang berkuasa. Allah melebihi segala-galanya...

HANTU DI GUA TEMPURUNG ( Misteri Ilahi )



Waktu itu hujan renyai-renyai, anak-anak semuanya lelap maklum penat terkurung di kereta hampir 3 jam. Saya bertolak dari Kajang selepas syolat Zuhur.

Sejak dari rumah memang perasaan rasa tidak sedap, seolah-olah berat sangat hendak berhari raya di kampung. Tapi bila memikirkan keluarga di Pulau Pinang semangat dikuatkan juga untuk terus memandu dalam cuaca yang memang muram.

Saya memang sering mendengar tragedi seram di sekitar Gua Tempurung. Apabila melihat saja Lata Kinjang dari lebuhraya saya membaca Surah Kursi agar terhindar dari gangguan syaitan. Hujan rintik-rintik kadang-kadang hujan panas tidak berhenti sejak dari Tg. Malim lagi.

Sebaik saja saya selamat mendaki Gua Tempurung, ketika menuruni cerun tajam sebelum sampai ke Gopeng... satu kejadian aneh telah menimpa saya. ...

Saya seolah-olah nampak seorang tua melintas jalan sambil membawa sebuah baldi. Tiba-tiba saja orang tua tersebut menyiram air ke cermin depan kereta saya. Pandangan saya kabur... saya cuma nampak seolah-olah kabus putih. Kereta saya bagaikan diangkat dan terhumban di lurah yang dalamnya kira-kira tujuh lapan meter. Memang agak dlm lurah itu.

Anehnya semua barangan dalam kereta saya tidak berselerak. Isteri dan anak-anak juga terpinga-pinga, Alhamdulillah!!! tidak seorangpun cedera. Jika awal-awal lagi kereta saya terhumban memang jurang dalam mengundang maut, Allah Yang Esa melindungi saya. Bila saya lihat melalui tingkap kanan dan kiri cuma pokok-pokok saja yang kelihatan. Kereta saya terpaksa ditarik dan dihantar ke bengkel.

Setelah membuat Laporan Polis di Gopeng saya sekeluarga terpaksa pulang ke Pulau Pinang dengan teksi.


Hentian Gua Tempurung (Kisah Seram)

Hentian Gua Tempurung...

 Saya ada satu pengalaman untuk dikongsi bersama. Kejadian ini terjadi pada saya & isteri sewaktu ingin pulang ke rumah di Klang, Selangor setelah bercuti di kampung isteri saya di Ipoh, Perak. Selalunya saya akan bertolak pukul 10 malam ke atas sebab perjalanan yang tenang dan untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas.



Ingat lagi saya pada tarikh kejadian iaitu pada hari Ahad, tanggal 19.06.2011. Saya bertolak seperti biasa pada jam 10 malam. Saya sempat bergurau dengan isteri saya supaya membuang air kecil dahulu sebab malas nak berhenti di perhentian rehat. Kebetulan isteri saya sedang mengandung tujuh bulan anak sulung kami. Biasalah mana-mana ibu mengandung akan kerap membuang air kecil.

Sewaktu dalam perjalanan, apa yang saya jangkakan menjadi kenyataan, apabila isteri saya ingin membuang air kecil. Kebetulan dalam 100 meter di hadapan ada perhentian Gua Tempurung. Ikutkan hati saya, saya tidak mahu singgah, kerana hentian itu hanya ada tandas sahaja, jadi saya tidak boleh beli air panas untuk segarkan mata saya. Kerana kasihankan isteri saya, saya terpaksa masuk juga ke hentian itu.

Yang peliknya, laluan masuk untuk ke tandas jauh dan hati saya dah rasa lain macam. "Bang, kenapa jauh sangat nak sampai ni?" tanya isteri saya. Saya faham dia dah tak tahan sangat-untuk melegakan diri. Untuk menyedapkan hatinya, saya hanya mampu menyuruhnya bersabar dan berkata dah nak sampai, tandas di depan situ sahaja. Terdetik dalam hati saya kenapalah jauh sangat nak masuk hentian ni. Sehabis sahaja saya berkata dalam hati, barulah nampak di depan saya tempat untuk meletak kereta dan tandasnya pula kena naik tangga menuju ke atas seperti menaiki bukit.

Saya suruh isteri tunggu di bawah, manakala saya naik dahulu untuk tengok keadaan. Bila sudah berada di atas, saya lihat ada sesuatu yang tidak kena akan tandas itu. Entahlah susah saya hendak gambarkan, tapi kaki tetap melangkah ke arah tandas. Pada ketika itulah saya seperti terdengar bisikan supaya turun dan keluar dari situ, akan tetapi saya hanya melihat sahaja tandas itu sambil teragak-agak hendak masuk atau tidak sehinggalah isteri saya yang berada di bawah bersuara, "Bang, tandasnya ok ke tidak???" Pada ketika itulah saya seperti tersedar dari lamunan dan batalkan sahaja niat untuk masuk ke dalam.

Pada waktu itu juga tiba-tiba terasa berpeluh, dada saya terasa sesak seperti baru lepas berlari, sampai turun tangga hampir terjatuh. Bila sampai di bawah, dengan suara terketar-ketar saya beritahu isteri supaya kita cari sahaja hentian lain. Tidak tahu kenapa badan terasa seram sejuk dengan mendadak.

Setelah enjin kereta dihidupkan, isteri saya pergi ke pintu belakang bahagian penumpang ingin mengambil minyak angin yang ada di dalam begnya. Saya lihat isteri sedang tunduk mencari, saya terperasan di belakang isteri saya ada satu pondok dan kalau nak tahu di pondok itu ada bayang-bayang hitam seperti duduk bersilang kaki sedang melihat kami. Kepalanya pula bergoyang kiri dan kanan seolah-olah bermain-main dengan kami. Jarak antara pondok itu dengan kami hanya beberapa langkah kaki sahaja.

Dengan dada yang tidak berhenti berombak dan suara tersekat-sekat, saya menyuruh isteri masuk ke dalam kereta, tetapi isteri saya tetap meneruskan pencarian dan berkata, "Sekejap bang, tadi ada dalam beg, manalah Ayang letak minyak angin tadi..." "Ambil beg itu, masuk dalam cepat!!!!" sergah saya. Dengan muka terkejut dia menurut perintah. Bila keluar dari situ sekejap sahaja sudah masuk lebuhraya, berbeza sebelum saya masuk tadi. Setelah membaca ayat-ayat suci 3 Qul dan Ayat Kursi, baru saya bertenang. Bila dah sampai di hentian Tapah baru saya ceritakan apa yang terjadi kepada isteri saya.