Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Wednesday, January 11, 2012

January 11, 2012 3 Comments
Kehadiranmu Kutunggu
Puisi Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Nur Imaan Qalisya melalui email.

Sayang…
Setiap hari aku menunggu kehadiranmu…
Setiap hari aku menunggu kedatanganmu…
Setiap hari aku memanjat doa padaNya agar aku dapat bertemu denganmu…

Sayang..
Setiap hari aku sabar…
Setiap hari aku redha…
Aku pasti dirimu akan hadir jua dalam hidupku…
Aku pasti kamu jua begitu…

Sayang…
Aku inginkan dirimu…
Datang dan temui diriku…
Kan ku katakan padamu, Aku sangat mencinta…

Sayang…
Andai kamu tahu yang aku menunggu kamu disetiap mimpi-mimpiku…
Andai kamu tahu aku sentiasa memohon padaNYA agar dipertemukan dengan dirimu…
Andai kamu tahu aku mengharapkan kehadiranmu disisiku…

Tapi Sayang…
Aku sedar yang aku harus bersabar…
Aku sedar aku harus menunggu sedikit masa lagi…

Teruskan membaca “Kehadiranmu Kutunggu”…

Puisi Cinta

5 Hadiah Kesukaan Wanita Sempena Hari Jadi

Yang bergelar lelaki, apakah hadiah yang biasa anda berikan kepada pasangan anda pada hari jadi si dia?

Memang selalu kita doakan agar si dia panjang umur, dimurahkan rezeki, dan sebagainya. Tetapi, apa maksud saya adalah, apakah benda atau barang yang anda berikan kepada si dia sempena menyambut ulang tahun kelahiran kekasih anda itu?

Jika anda masih samar-samar, atau lupa, tidak mengapa. Di sini saya akan kongsikan dengan adan semua, lima hadiah yang paling disukai wanita sempena hari jadi mereka berdasarkan daripada respon yang diberikan di fanpage Tentang Cinta.

Coklat – Saya rasa jarang perempuan suka makan coklat ni. Alasan yang paling kuat mereka berikan adalah, takut gemuk. Tetapi daripada survey yang dibuat di fanpage kami, ramai wanita memberitahu bahawa mereka gemarkan coklat sebagai hadiah hari jadi. Mungkin coklat seperti Ferrero Rocher adalah hadiah yang paling sesuai untuk kategori coklat ini.

Bunga – Perempuan mana yang tidak sukakan bunga, betul? Walaupun sekuntum bunga ros diberikan kepada mereka pun sudah cukup buatkan mereka gembira terangkat terbang ke langit. Tetapi adakah anda tahu setiap bilangan kuntuman bunga ada maksudnya yang tersendiri? Baca artikel kami ini, Rahsia di Sebalik Bilangan Kuntuman Bunga Ros, untuk dapatkan maklumat tersebut.

Teddy Bear – Daripada kecil lagi, wanita dibesarkan dengan anak patung, dan juga teddy bear. Bagi mereka, teddy bear dapat mententeramkan mereka terutama apabila mereka dalam keadaan sedih, bersendirian ataupun ketika dalam ketakutan. Yang membuatkan teddy bear disukai wanita adalah kerana ianya gemuk, buncit, dan perutnya sedap dipeluk. Oh ya, saya pun ada berikan Mrs Teddy sebuah anak patung teddy bear yang buncit, dan gemuk. Tetapi sekarang ni perut teddy bear tu dah jadi kempis dipeluk oleh Mrs Teddy. E..ganas! Hehehe..

Jam Tangan – Bagi sesetengah orang, hadiah jam tangan adalah mahal. Tetapi mungkin dalam 5 atau 10 tahun sekali, kalau anda ada duit lebih, bolehlah belikan jam tangan kepada si dia sebagai tanda kasih sayang kepadanya. Kalau hendak jimat lagi, belilah jam tangan couple. Anda dapat satu, si dia pun dapat satu.

Buku (novel) – Perempuan memang suka membaca novel. Tipulah kalau ada yang mengatakan mereka langsung tak pernah membacanya. Buku seperti novel merupakan di antara hadiah yang digemari oleh wanita. Tetapi tidak semestinya novel sahaja yang boleh diberikan sebagai hadiah. Anda juga boleh berikan buku lain seperti buku keagamaan atau buku yang berinformasi seperti, Indahnya Hidup Bersyariat, dan juga Hebatnya Kuasa Istikharah.

Jadi, itulah di antara lima hadiah yang paling digemari wanita sempena hari jadi mereka.

Jika hari ulang tahun kelahiran pasangan anda semakin dekat, apa kata anda ambil salah satu daripada hadiah di atas untuk diberikan kepada si dia. Saya percaya si dia pasti akan teruja dan gembira sangat-sangat. Tetapi jangan sampai anda terkantoi ambil tips dalam artikel ini pulak, sudah la ye..

Hadiah Cinta Tagged With: bunga, coklat, hadiah hari jadi, jam tangan, Novel, teddy bear


Perhubungan Juga Seperti Roda
Saya rasa anda mungkin pernah mendengar bahawa kehidupan kita ini adalah seperti sebuah roda yang berputar. Sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah. Sekejap kita hidup senang, dan sekejap kita hidup susah. Proses ini berulang-ulang sama seperti sebuah roda yang berputar tanpa henti.

Begitulah juga dengan perhubungan kita bersama dengan pasangan. Ianya sama seperti sebuah roda, seperti kehidupan yang kita lalui. Kadang-kadang kita rasa gembira dengan pasangan kita. Tetapi ada masanya, kita akan berasa sedih.

Macam-macam perkara boleh berlaku dalam berpasangan. Ketika ‘roda’ kita berada di atas, segalanya adalah kegembiraan. Kita rasa gembira apabila dapat berjumpa dengan si dia, berjalan bersama-sama, menonton wayang bersama-sama, berkongsi kisah dan cerita, dan meluangkan masa bersama dengannya.

Tetapi, apabila ‘roda’ kita berada di bawah, segalanya hanyalah kesedihan. Mungkin disebabkan berlakunya perselisihan faham, terasa dengan sikap pasangan, atau berkecil hati menyebabkan perhubungan itu tidak manis dan menjadi hambar. Pada waktu itulah kita sedar bahawa tidak segalanya indah dalam berpasangan. Langit yang cerah tidak akan sentiasa cerah tanpa mendung dan hujan.

Kenapa perlu memilih mazhab?

Kita tidak berijtihad, tetapi kita memilih salah satu dari dua pendapat imam-imam. Bagaimana pula ini dikatakan sebagai ijtihad? Mengapa kita hanya perlu mengikut satu mazhab sahaja? Tidak bolehkah kita mencampur-adukkan semua pendapat dan memilih yang terbaik?

Menjawab persoalan di atas, ijtihad bermakna mengeluarkan pendapat. Apabila terdapat dua pendapat yang berlainan, memilih salah satu dari kedua pendapat itu juga dikira sebagai ijtihad. Ikhtilaf yang timbul antara mazhab hari ini sebenarnya adalah ikhtilaf dan perbezaan pendapat sejak zaman para sahabat lagi.

Sekiranya terdapat percanggahan pendapat antara dua sahabat, maka imam-imam akan terlebih dahulu meneliti yang mana satukah antara percanggahan tersebut yang lebih menepati syarak.

Hasilnya adalah ikhtilaf yang kita lihat pada hari ini. Imam Abu Hanifah lebih condong dalam memilih pendapat Ibnu Mas’ud misalnya dan Imam Syafie lebih kepada Ibnu Abbas. Tidaklah bermakna mereka tidak mengetahui pendapat sahabat-sahabat yang lain.

Jadi, apabila kita melihat terdapat dua pendapat yang berlainan, maka memilih salah satu ke atas yang lain juga dikira sebagai ijtihad kerana ini jualah amalan imam-imam mujtahid yang terdahulu. Dan untuk kita memilih salah satu dari pendapat tersebut kita mestilah mempunyai dalil dan nas yang cukup di samping mengetahui kesemua dalil dan nas, pro dan kontra masalah berkenaan.

Alasan bahawa kita tidak mengeluarkan pendapat dan masih berpegang kepada pendapat seseorang imam tanpa mengikut imam tersebut dalam lain-lain masalah adalah tidak dapat diterima sama sekali. Oleh itu sekiranya ada dalam kalangan kita yang mahu berbuat demikian, hendaklah dia fikirkan kesemua jawapan terhadap persoalan yang bakal dibangkitkan dari segi bahasa, usul, hadis dan lain-lain sebelum dia memilih untuk memilih sebarang pendapat kerana inilah yang telah dilakukan oleh mujtahid-mujtahid terdahulu.

Pernah satu ketika Khalifah Harun ar-Rashid mencadangkan kepada Imam Malik agar disatukan kesemua mazhab dan diambil yang terbaik. Jawapan Imam Malik ialah kesemua perbezaan pendapat adalah berdasarkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya diambil satu sahaja dari kesemua perbezaan tersebut dan ditinggalkan yang lain sedangkan ada kemungkinan yang ditinggalkan itu sebenarnya tepat maka seolah-olah kita meninggalkan sunnah Nabi s.a.w. Jadi tiada keperluan untuk menyatukan semua mazhab apabila kesemua sunnah Nabi s.a.w dapat diamalkan walaupun oleh berlainan puak.

Majoriti ummah pada hari ini membaca al-Quran dengan riwayat Hafs daripada Imam ‘Asim al-Kufi. Seperti yang diketahui umum, terdapat 10 qiraat hari ini yang masih boleh dibaca dalam solat. Di utara Afrika misalnya mereka membaca al-Quran dengan riwayat Qalun atau Warsh dari Imam Nafi’ Madani. Ulama qiraat mengatakan bahawa qiraat yang boleh dibaca pada hari ini hanyalah sepuluh dan setiap sepuluh qiraat tersebut mencapai darjat mutawatir (terlalu ramai bersepakat mengenai cara pembacaannya sejak zaman Rasulullah s.a.w sehingga kini sehingga mustahil untuk mereka berkomplot untuk menipu mengenainya).

Semua ahli qiraat bersetuju bahawa diperbolehkan untuk membaca kesemua qiraat dalam satu tilawah dengan cara kita membaca setiap ayat beberapa kali di samping mengkhatamkan setiap cara bacaan. Ataupun kita kumpulkan kesemua qiraat tanpa mengulang ayat tersebut berulang kali, sebaliknya menghabiskan setiap qiraat terhadap setiap perkataan. Untuk memahami hal ini lebih lanjut kita bolehlah mendengar tilawah dari Syeikh Abdul Basit atau dari bacaan Syeikh Na’ina misalnya.

Pun begitu ahli qiraat mengatakan ketika tilawah tidak dibolehkan membaca satu ayat dalam sesuatu qiraat, kemudian membaca ayat yang berikutnya dalam qiraat yang lain kerana perkara ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak. Hal ini disepakati oleh semua sama ada pihak yang bermazhab atau selainnya. Jadi sekiranya kita tidak boleh mengambil qiraat dan membacanya bercampur-aduk dengan sesuka hati, bagaimana pula kita boleh mencampur-adukkan pendapat antara mazhab sesuka-hati?

Mengapa golongan yang tidak bermazhab dalam bidang fiqh bertaqlid dengan Imam Hafs dan Imam ‘Asim dalam bidang qiraat? Mengapa tidak mengatakan bahawa Imam ‘Asim tidak pernah memaksa sesiapun untuk bertaqlid dengan beliau? Mengapa soalan-soalan yang sering diutarakan dalam perbahasan fiqah langsung tidak pernah diutarakan dalam ilmu qiraat?

Sekiranya kita berpendapat perlu kita bertaqlid dengan Imam qiraat, maka tidak dapat tidak kita juga mesti bertaqlid dengan imam-imam mujtahidin.