Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Wednesday, July 17, 2013

Seram atau Keseraman.. jangan cakap besar!!

Dah tengok cerita Karak?

Boleh tahan juga cerita dia... aku suka dia punya antoo cakap.. 'Kata org beriman kenapa lari' ahahhaha...

SINOPSIS CITE:

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

dulu time aku kecik2 slalo gak dengar pasal karak ni...
org2 tua ada gak cite..pasal Volkswagen kuning.. tak ada pemandu, mcm2 la.. kat karak ni...
sebab tak ramai lalu.. tu dulu tahun 80-90an.. ada paling terbaru aq lalu... pergh mlm bersusun lori..
kira karak ni tak sunyi pown sebenarnya..ada cerita versi lain.. kalau lalu Gua Tempurung tu..tapi tak tau la.. tu semua ceritaorg yang dah berpengalaman lalu kat stu,, dekat2 dengan Plaza Tol Jelapang yg kemalangan dulu tu..
lain la.. ENDAU-ROMPIN... memang tak ada org lalu mlm2.. sikit saja kereta... hahah tengah-tengah hutan simpan tu.. kalau hujan renyai2 lalu masa tu pukul 1lebih.. dalam nantok2 tu.. aq terusya kelibat seorang pakcik dengan rilex nya naik basikal.. hujan2 renyai... nak sedapkan hati.. member aq ckp.. ader org meninggal kot.. itu sebablah.. aq mls nak pikir.. tidur lagi bagus...aq dah smpai jb baru la aq tanye member aq.. pejadah tol la pakcik tu..

hahaha..wat line clear sudah.. haha aku pun cuba tnye member2 yg penah lalu situ... alamak versi sama brade..

Ni cerita dia...

Pengalaman seram ini adalan cerita yang pernah aku dengar dari kawan-kawanku. Aku tidak pasti kebenarannya. Walau bagaimanapun biarlah ianya menjadi tatapan umum sebagai panduan dan teladan.

Ali (bukan nama sebenar) sedang dalam perjalanan pulang kekampung untuk bercuti hari raya di Kelantan. Sewaktu melalui jalan sunyi dikawasan Endau-Rompin, Ali teringat akan kisah-kisah yang pernah didengar. Bulu romanya meremang. Lekas-lekas dia menaikkan tingkap keretanya dan memasang radio kuat-kuat. Tiba-tiba melintas seekor binatang dihadapan keretanya. Dengan segera dia menekan brek tetapi tidak sempat. Dia telah terlanggar seekor tenggiling. Ali menyumpah kerana dia baru sahaja membeli kereta barunya minggu lepas. Belum pun sempat nak tayang dekat orang di kampung dah bercalar. Dia segera keluar dan memeriksa kesan di keretanya. Memang ada kesan calar dan kemik. Ali bertambah berang. Dia menyepak-nyepak tenggiling yang masih mengelupur sambil menyumpah-nyumpah. Tiba-tiba lalu seseorang dengan berbasikal. Orang tua itu cuma memandang tegak ke hadapan tanpa menoleh. Ali yang sedang marah terus merungut-rungut sendirian. Katanya orang-orang kampung dikawasan itu sombong. Langsung tidak mahu menoleh atau menegur. Katanya lagi, itu baru dapat basikal buruk, belum lagi kereta baru seperti dia. Kalau dah dapat kereta, agaknya orang tua tu main langgar je sesiapa yang dia nampak. Begitu rungutan Ali yang baur riak.

Ali meneruskan perjalanan. Apabila dia hendak memintas orang tua yang berbasikal tadi, dengan sengaja dia menekan clutch dan minyak supaya bunyi keretanya bertambah kuat dan sambil itu dia membunyikan air-horn yang baru dipasangnya semalam. Dia ketawa kecil sendirian sambil berkata dalam hatinya, "Padan muka kau. Lain kali sombong kat aku lagi..". Apabila dia melihat cermin pandang-belakang, kelibat orang itu tidak kelihatan. Mungkin dia dah tersungkur dan mengelupur macam tenggiling tadi, bisik hati Ali sambil tersenyum puas.

Ali terus membelah malam melalui jalan sunyi yang memang terkenal dengan berbagai cerita seram. Keadaan jalan yang penuh dengan selekoh membuat Ali tidak dapat hendak memecut keretanya lebih dari 90 km sejam. Perasaan marahnya tadi telah menghilangkan rasa takutnya. Dia menurunkan tingkap untuk menyedut udara malam yang segar sambil mendengar radio dengan kuatnya. Tiba-tiba siaran radio terhenti. Suasana menjadi sunyi. Ali bersungut, "Boring betul lalu kat kawasan hutan ni, siaran radio pun tak dapat. Patut la orang-orang kawasan ni tak pandai bergaul". Suasana sunyi membuatkan Ali merasa mengantuk. Tiba-tiba matanya menjadi segar apabila melihat orang tua berbasikal tadi berdiri dibahu jalan sambil tersenyum apabila kereta Ali melintas dihadapannya. Ali gugup seketika. Dia membuat andaian, mungkin itu cuma mainan perasaan. Dia melihat cermin pandang-belakang. Orang tua tadi tidak kelihatan. Hatinya lega.

Tidak lama kemudian dia menjadi berdebar-debar semula apabila terdengar seperti suara orang berbual betul-betul disebelah kanannya. Cepat-cepat dia menaikkan tingkap. Tetapi suara tadi masih jelas kedengaran. Sesekali dia terdengar seperti suara itu memanggil-manggil namanya mendayu-dayu. Denyutan jantungnya semakin laju dan begitu juga dengan kereta yang dipandunya. Kalau boleh dia ingin segera sampai ke pekan yang terdekat. Tiba-tiba di hadapannya berdiri orang tua tadi bersama basikalnya. Ali sempat melihat yang orang tua tadi tidak mempunyai kaki. Dia seolah-olah terapung di tengah-tengah jalan sambil tersengih. Suara hilaian memekakkan telinganya. Ali sudah tidak dapat mengawal keretanya lalu terbabas. Keretanya menjunam kedalam gaung. Menurut cerita, sewaktu orang ramai termasuk orang-orang kampung datang hendak memberi bantuan, mereka tidak dapat hendak berbuat apa-apa kerana Ali tersepit di bawah keretanya yang terbalik. Keempat-empat tayar keretanya ke atas dan Ali tersepit di bawahnya. Dia cuma menggelupur menahan sakit sambil merayu-rayu lemah meminta pertolongan.

Menurut cerita orang-orang kampung, memang sering terjadi kemalangan di kawasan itu dan mereka tidak merasa pelik kerana jalan di situ memang penuh dengan selekoh, gelap dan sunyi. Mungkin ia membuat pemandu memandu laju kerana suasana sunyi dan menyeramkan.

Dari cerita di atas dapatlah aku membuat andaian bahwa kita jangan bersikap zalim terhadap sesama makhluk Allah dan jangan takbur. Kita juga harus sentiasa berhati-hati apabila memandu dikawasan yang kita tidak biasa melaluinya. Dan jangan sekali-kali memandu diwaktu malam sendirian terutamanya jika kita akan melalui jalan sunyi yang penuh dengan bahaya.




No comments:

Post a Comment