Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Saturday, July 20, 2013

Ramadan 11

Hari ini telah 11 Ramadan 1434; Alhamdulillah aku masih sihat & dapat menunaikan Tarawih berjemaah di surau Jenaris. Ada sehari hanya sempat berjemaah 2 rakaat sebab aku tak berapa sihat. Bila makan ubat badan amat dedo tertidur di meja komputer setelah solat Isyak. Surau & rumak tak jauh mana. Tak ada masalah nak solat di surau atau di rumah. Sebab suara imam membaca bacaan solat jelas kedengaran.

Suasana surau sudah tak berapa padat berbanding 3 hari awal Ramadan.Ada beberapa saf kosong. Kemeriahan anak-anak bermain di kawasan surau menyemarakkan suasana Ramadan. Isunya entah berapa Ramadan lagi aku sempat solat berjemaah. Entah esok entah lusa aku akan dipanggil pulang. Sakit kronikku masih terkawal tetap tak pasti keadaannya di esok hari.


No comments:

Post a Comment