Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Saturday, July 20, 2013

Mayat jurutera kapal MT Samudera berjaya dikeluarkan

PONTIAN 20 Julai - Mayat jurutera kapal MT Samudera yang terbakar di perairan Selatan Pulau Kukup dekat sini Ahad lalu berjaya dikeluarkan hari ini setelah tujuh hari terperangkap dalam kapal berkenaan.

Mayat warga India itu G. Srinivasan, 49, yang terbakar hampir 95 peratus badannya ditemui oleh pasukan forensik Maritim Malaysia di bilik kawalan jentera utama kapal berkenaan kira-kira 3.30 petang.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor Baharu, Kapten Maritim Aminuddin Abd. Rashid berkata operasi mengeluarkan mayat berkenaan mengambil masa kerana terpaksa menunggu sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.

"Kebakaran hanya dapat dipadamkan sepenuhnya semalam dan hari ini pihak bomba sekali lagi memasuki kapal berkenaan untuk memastikan keadaan di dalam kapal selamat untuk dimasuki bagi membolehkan operasi bersepadu mengeluarkan mayat mangsa dilakukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian telah dipindahkan ke kapal KM Sibuan menuju ke Jeti Marin Pantai Lido sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment