Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Tuesday, February 26, 2013

Basikal tua RM4,000 sebuah

Pasangan suami isteri Ikhwanizam Ibrahim dan Azwa Md. Salleh mempunyai hobi mengumpul barang antik terutama basikal lama yang diubahsuai.






DI KEDIAMAN pasangan suami isteri Ikhwanizam Ibrahim dan Azwa Md. Salleh di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur, pasti ramai yang teruja melihat deretan barangan antik yang tersusun kemas.

Paling ketara ialah basikal tua. Apa yang boleh dibuat dengan basikal tua? Namun, bagi mereka yang meminati dan menjadikannya sebahagian daripada hobi sudah pasti ia membawa seribu erti.

Basikal itu akan membuatkan kita mengenang nostalgia lama serta menjadikan kita lebih mengenali asal usul dan menghargai kehidupan. Bak kata pepatah, tiada yang lama maka tiadalah yang baru.

Kepada pasangan yang bekerja dalam sektor perbankan itu, wang ringgit bukanlah ukuran. Apa yang penting adalah kepuasan daripada hobi yang mereka miliki bersama.

"Bagi mereka yang menggemari barangan antik, wang ringgit bukanlah ukuran dan kebanyakannya akan mengeluarkan sejumlah wang mengikut kemampuan.

"Kami menjelajah ke merata pelosok negara untuk mencari basikal tua dan juga bahagian-bahagian alat ganti basikal yang kebanyakannya berusia lebih 50 tahun.

"Bukan mudah untuk memilikinya kerana bila tuan punya tahu ia menjadi rebutan pengumpul barangan antik, mereka akan pertaruhkan harga untuk mendapatkan pembida yang tertinggi," kata Ikhwanizam, 33.


BERKONGSI minat yang sama, Ikhwanizam dan Azwa mengagumi nostalgia lama.



LOGO dan keaslian menentukan harga barang ganti basikal lama.


KOLEKSI basikal paling lama Ikhwanizam yang diperbuat pada tahun 1940-an.


SETIAP barang ganti mempunyai logo mengikut jenama.


SPEEDO meter basikal ini merupakan aksesori paling mahal yang sukar ditemui.


HARGA tempat duduk basikal ini boleh mencecah RM700.


Pasangan itu telah lama mempunyai minat terhadap barangan antik. Bagi Ikhwanizam, pada mulanya dia mengumpul permainan yang diperbuat daripada aluminium atau besi manakala Azwa pula mengumpul set teko lama.

Kini, mereka beralih arah kepada basikal tua tetapi segala koleksi teko dan barang permainan lama masih lagi disimpan rapi. Malah, Azwa juga mempunyai beberapa set koleksi barangan kemas antik seperti set emas bersama intan dan juga rantai serta gelang bercorak kerawang lama.

Bukan itu sahaja, Azwa juga mempunyai deretan buku resipi lama di dalam almari antik di dapur berserta dulang menarik yang sudah tentu tidak lagi dijual pada zaman ini.
Mereka yang masih belum mempunyai cahaya mata menjadikan hobi mereka sebagai landasan yang mengeratkan hubungan suami isteri dan mereka mengakui kebanyakan aktiviti dilakukan bersama.

Segala cerita, maklumat dan juga keghairahan terhadap hobi mengumpul basikal antik boleh dikongsikan bersama sebagai teman rapat.

Ikhwanizam dan Azwa yang merupakan ahli Kelab Basikal Klasik Batu Berendam, Melaka sering menjalankan aktiviti kayuhan di sekitar Melaka. Baru-baru ini mereka bersama beberapa ahli kelab tersebut telah mengadakan acara Kayuhan Nostalgia Basikal Tua di Putrajaya.

Pasangan itu juga pernah menyertai kayuhan basikal di Jakarta iaitu bermula di kota Jakarta sehingga Jakarta Lama.

Menurut Azwa, kebanyakan basikal miliknya yang berjumlah 15 buah dibeli daripada kedai besi buruk. Ini kerana ketika harga besi melambung satu ketika dahulu, orang tua di kampung cenderung menjual apa sahaja yang berunsurkan besi kepada kedai besi buruk.

"Oleh kerana tuan punya kedai tahu nilai basikal buruk yang dikategorikan sebagai barangan antik, mereka akan menyimpannya dan menjual semula pada harga yang tinggi kepada pengumpul barangan antik," katanya.

Pasangan itu mempunyai pelbagai koleksi barangan ganti basikal yang disertakan dengan kotak. Malah, mereka mempunyai sebuah radio antik bersaiz kecil yang kebiasaannya dibawa bersama ketika menaiki basikal.

"Paling murah basikal yang pernah kami beli adalah RM500 dan ada juga yang berharga RM4,000. Ada juga antara basikal yang kami beli hanya tinggal rangka dan kemudian kami akan mencari barangan ganti untuk menjadikannya sebuah basikal yang lengkap.

"Memang mahal untuk 'melengkapkan' sesebuah basikal tua sehingga ia cantik dan selesa untuk dinaiki kerana untuk satu-satu bahagian seperti tempat duduk sahaja ia boleh mencecah sehingga RM600 hingga RM700," ujar Ikhwanizam yang berasal dari Lubok Cina, Melaka.

Mereka bukan sekadar menjadi pengumpul basikal antik, tetapi Ikhwanizam menyedari bahawa mereka juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai setiap basikal dan juga sejarahnya.

"Saya membuat kajian melalui buku-buku sejarah dan juga Internet.

"Menurut buku Malaysia A Pictorial History 1400-2004 karangan Wendy Khadijah Moore, basikal telah berada di Tanah Melayu seawal 1890-an lagi," katanya.



IKHWANIZAM dan Azwa sudah tidak dapat dipisahkan dengan basikal tua.



TANDA keaslian buatan England.


Menurut Ikhwanizam, apa yang menjadi lebih berharga pada sesebuah basikal adalah keaslian setiap alat ganti dan ini boleh dinilai melalui cop yang tertera pada alat ganti.

"Apa yang penting ialah barangan tersebut perlu dipastikan buatan England. Ini dapat memastikan bahawa ia adalah barangan asli kerana hanya negara itu yang mengeluarkan basikal-basikal seperti itu pada masa lalu," katanya.

Antara basikal yang menjadi rebutan peminat-peminat basikal antik ialah jenama Raleigh, New Hudson, British Soldier Army (BSA) dan Robinhood.

Hakcipta terpelihara

Basikal tua masih diminati


Oleh ZAMZURINA AHMAD




ALOR STAR 30 Jun - Jika individu lain berlumba-lumba untuk mendapatkan kereta atau motosikal terkini yang lebih moden, tetapi sekumpulan masyarakat di sini lebih gemar memiliki basikal lama.

Di negeri ini, basikal atau lebih dikenali sebagai 'gerek' menjadi pilihan sekumpulan individu sehingga berjaya menubuhkan persatuan yang dikenali Persatuan Gerek Klasik Negeri Kedah.

Menurut Timbalan Pengerusinya, Razali Mat Desa, mereka sanggup menjelajah ke seluruh negara untuk mencari kelengkapan basikal lama.

''Kadang-kala kami terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan kelengkapannya kerana kebanyakannya tidak dijual di pasaran terbuka.

''Kami memerlukan banyak kenalan terutama di kalangan 'orang-orang lama' bagi memudahkan pencarian ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sehingga kini, persatuan yang ditubuhkan secara rasmi sejak 2004 mempunyai keahlian tetap seramai 45 orang.

Ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat ini berada dalam lingkungan umur antara 20 hingga 70 tahun.

Tambah Razali, kebanyakan ahli Persatuan Gerek Klasik Negeri Kedah memiliki sekurang-kurangnya lima buah basikal klasik yang berharga antara RM3,000 hingga RM5,000 sebuah.

Sementara itu, bagi Mansor Shaari, 50, dia mula aktif mengumpul basikal-basikal lama itu sejak lima tahun lalu apabila rakannya yang memiliki kedai basikal di Jalan Langgar di sini ingin menutup perniagaannya.

''Sejak itu saya mula meminati basikal. Semasa remaja dahulu basikal merupakan satu-satunya pengangkutan yang menjadi kebanggaan.

''Kita akan dianggap sebagai 'hero' apabila memiliki basikal dan kadang-kala gadis-gadis akan mula memandang kepada kita," ujarnya yang merupakan setiausaha persatuan tersebut.

Mansor yang mempunyai koleksi basikal klasik lebih daripada 20 buah yang dikumpul sejak 1950-an berkata, dia mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyiapkan sebuah basikal.

Antara salah satu koleksinya yang berharga RM4,000 ini diperoleh peralatannya daripada beberapa tempat di sekitar Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

''Menariknya mengenai basikal ini ialah menggunakan lampu karbaid yang telah digunakan pada 1908 yang kini berharga RM1,300 sebuah,'' jelasnya.

Sementara itu, persatuan ini juga sentiasa bergerak aktif untuk memperkenalkan basikal-basikal klasik kepada orang ramai terutama generasi muda.

Selain pernah menyertai Kayuhan Merdeka 2003, persatuan ini juga pernah membuat pameran di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok selama 30 hari baru-baru ini.


Dalam pada itu, persatuan ini juga mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli baru dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjual peralatan basikal lama seperti loceng, pemegang basikal, pelantar, tempat duduk dan kong basikal.

Koleksi antik Pak Akob dari Batu Pahat – miliki ratusan basikal antik termasuk Panny-Farthing & Ordinary


Mohd. Saupi Salim a.k.a Pak Akob (tiga dari kiri), bersama rakan-rakan yang turut berminat mengumpul barangan antik di Batu Pahat, Johor, baru baru ini.

Semalam penulis terbaca satu rencana di Utusan Malaysia mengenai koleksi antik milik Pak Akob dari Batu Pahat, Johor. Sebelum ini pernah mendengar cerita mengenai seorang kolektor dari Johor memiliki ratusan basikal antik dan barang-barang antik yang bercadang membuka muzium antik di Melaka…ternyata beliaulah individu yang dimaksudkan itu.

Membaca rencana yang ditulis membuatkan penulis terasa teruja untuk melihat sendiri koleksi-koleksi beliau jika diizinkan. Siapa sangka koleksi-koleksi dan khazanah berharga ini tersimpan di negeri Johor sejak sekian lama…dan penulis percaya masih ada beberapa kolektor di selatan tanahair menyimpan koleksi-koleksi berharga seperti ini. Penulis juga berharap akan dapat berjumpa dengan ramai kolektor di ADTEC pada hari Ahad ini nanti. Untuk mendapatkan lebih maklumat silalah baca rencana yang penulis perolehi dari laman web Utusan – Basikal Malaya

Koleksi antik Pak Akob

Rencana dan Gambar NORZAINURA ABDUL MAJID

SEBAIK sahaja kaki melangkah masuk ke dalam rumahnya, rasa teruja dan kagum melihatkan pelbagai koleksi menarik tersusun kemas di setiap sudut rumah ibarat berada dalam mini muzium yang menyimpan pelbagai barangan klasik. Tetapi rumah teres yang tidak mempunyai ruang yang besar tidak memungkinkan keseluruhan koleksi barangan dapat dikumpul dan dipamerkan dalam satu tempat yang lebih tersusun.

Beliau tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan memberi penerangan tentang barangan yang dimilikinya kepada sesiapa sahaja yang bertandang ke rumah. Siapa sangka hobinya mengumpul pelbagai barangan antik sejak 25 tahun lalu akhirnya mencetuskan idea menarik untuk membuka sebuah muzium agar kesemua koleksinya dapat ditonton oleh umum.

Bermula dengan barangan permainan kanak-kanak seperti botol susu yang diperbuat daripada kaca, pelbagai permainan dari luar negara juga perabot serta beratus basikal yang masih disimpan dengan baik menjadikan Mohd. Saupi Salim, 54, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Akob sebagai salah seorang daripada 500 pengumpul barangan antik dan permainan kanak-kanak terbesar di Asia. Menurut Pak Akob, dia mula serius mengumpul barangan antik sejak 15 tahun lalu dan menjadikannya sebagai hobi sekeluarga. Semua anak-anaknya turut mempunyai hobi yang sama dan menjaga dengan baik koleksi yang dimiliki.

Pak Akob yang juga seorang usahawan berharap impiannya akan menjadi kenyataan kerana koleksi barangan yang dimilikinya sudah tiada lagi di pasaran sekarang dan tentunya dapat menarik orang ramai untuk melihatnya. ‘‘Saya dapat idea untuk mengumpulkan barangan ini dalam sebuah muzium kerana ingin orang ramai turut serta melihat dan mengetahui tentang berangan tersebut sekali gus merancakkan industri pelancongan di negara kita,” jelasnya yang telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu Museum Collections Sdn. Bhd.

Antara koleksi terbaik yang beliau miliki ialah paddle car pelbagai jenis keluaran tahun 1925 hingga 1980. seperti kereta bomba, keretapi, jeep serta bot yang diperbuat daripada besi dan kayu. Tambahnya lagi paddle car tersebut berjenama Austin, Jaguar, Coachbuit dan Bugatti yang berharga antara RM500 hingga RM5,000. Manakala permainan kanak-kanak daripada tin (tintoys) yang kebanyakannya dari England dan Jepun yang dibeli dengan harga RM50 hingga RM1,500.

‘‘Kesemua barangan itu ada lebih kurang 300,000 koleksi termasuk pelbagai barangan dari jenama Coke,” jelsnya ketika ditemui dikediamannya di Kampung Tengah Muar, baru-baru ini. Selain barangan permainan, Pak Akob juga mempunyai lebih 200 buah basikal kanak-kanak untuk usia tiga hingga lima tahun yang dipanggil bone shaker yang berharga antara RM1,000 hingga RM3,000 sebuah dan paling berharga beliau mempunya koleksi basikal kanak-kanak keluaran pertama dunia.

Beliau turut memiliki 400 koleksi basikal kanak-kanak keluaran tahun 1900 hingga 1970 jenama Tricycle, Tri-Ang dan Mobo yang berharga antara RM500 hinga RM2,500. ‘‘Saya juga mempunyai koleksi basikal antik bersaiz 18 inci hingga 28inci dari jenama Bsa, Triumph, Sunbeam, Norton, Royal Enfield dan Rudge berharga antara RM800 hingga RM5,000 sebuah,” ujarnya. Pak Akob juga mempunyai tujuh buah basikal Big Wheel atau nama lainnya iaitu Panny-Farthing dan Ordinary keluaran tahun 1880 dan awal tahun 19 dengan harga RM2,500 hingga RM5,000 sebuah.

Menurut Pak Akob, bukan mudah untuk mendapatkan koleksi barangan tersebut yang ada antaranya telah berusia lebih satu abad dan berada dalam keadaan baik serta dijaga dengan rapi. Tambahnya lagi setakat hari ini kesemua koleksi barangan antiknya bernilai RM3.5 juta termasuk pelbagai perabot antik yang kebanyakannya berasal dari negeri Cina, peninggalan kaum peranakan Baba dan Nyonya juga perabot buatan England.

‘‘Melihat kesemua koleksi saya tersusun kemas dan berada dalam keadaan baik saya berasa puas, justeru saya berhasrat untuk membuka sebuah galeri atau muzium yang boleh menempatkan kesemua koleksi yang saya ada untuk tatapan umum,” jelasnya bangga. Pak Akob menambah, dia telah menubuhkan syarikat berkenaan bersama rakan kongsinya Profesor Dr. Roland Ong yang merupakan seorang pengumpul kamera terbesar di Asia dan muzium itu akan bertemakan Historic Photo and Toy Tourism.

Negeri Melaka merupakan tempat yang dianggapnya sesuai untuk membuka muzium berkenaan kerana ia negeri bersejarah dan barangan yang dimilikinya juga mempunya sejarah yang tersendiri. Buat masa ini katanya, sebuah panggung wayang lama di tengah bandaraya Melaka telah dikenal pasti untuk dijadikan muzium dan rundingan dengan pihak kerajaan negeri Melaka sedang dilakukan. ‘‘Saya yakin muzium itu bakal mencatat satu lagi sejarah buat negeri Melaka khasnya, dan Malaysia amnya kerana ia akan menjanjikan kelainan,” ujarnya.

SRK, Rohit semakin rapat



26 Februari 2013

Selepas membintangi filem Chennai Express, aktor terkenal Datuk Shahrukh Khan dan pengarah filem, Rohit Shetty dilihat begitu rapat.

Menurut sumber, SRK menganggap Rohit seorang pengarah dan juga sahabat yang begitu berkaliber dalam apa jua perkara dilakukannya.

"Hubungan baik antara mereka bukan hanya di set penggambaran, malah keluarga SRK juga dikatakan begitu rapat dengan Rohit," kata sumber.

Monday, February 18, 2013

Hajat Kuswadinata bercuti di Pulau Kapas tidak kesampaian


Wartawan Sinar Harian
18 Februari 2013
Kuswadinata
Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang.
Percutian bersama keluarga ke Pulau Kapas, Terengganu adalah hajat terakhir Kuswadinata, namun ia tidak kesampaian apabila pelakon veteran itu meninggal dunia pada petang Sabtu.

Menerusi laporan Bernama, isteri Allahyarham, Kamariah Mohd Said, 57, berkata, Kuswadinata sering menyuarakan hajatnya itu semasa beliau terlantar di hospital sejak tahun lepas.

“Beliau sering berkata ingin ke sana selepas pulih daripada penyakitnya, namun hajatnya tidak kesampaian,” katanya.

Menurutnya, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kerap menasihatinya agar tidak meninggalkan solat serta menjaga anak-anak.

Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 5.07 petang setelah mengalami pendarahan pada usus kecil dan muntah darah.

“Lebih menyedihkan, beberapa hari lepas, Allahyarham beritahu saya ‘Saya akan merindui kamu’, dan saya tidak menyangka ada maksud di sebalik kata-kata itu,” kata Kamariah, ibu empat anak berumur antara 23 dan 27 tahun hasil perkongsian hidup bersama arwah.

Antara rakan artis yang menziarahi jenazah ialah Rosyam Nor, Aznah Hamid dan Datuk Aziz Singah.

Sementara itu, pelakon yang juga anak saudara Allahyarham, Heryanto Hassan, 42, menyifatkan arwah sebagai mentornya dalam dunia lakonan.

“Arwah banyak ajar saya. Dia antara insan yang bawa saya lebih ke depan dalam industri lakonan,” katanya.


Derita kanser

Allahyarham yang mula merosot kesihatannya pada 2008 akibat kanser usus turut menghidap penyakit lain seperti penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga menyukarkannya membuang air kecil secara normal.

Malah, sejak lima tahun yang lalu, Allahyarham kerap berulang alik ke hospital. Namun atas semangat juang yang tinggi, Allahyarham berjaya melawan kesakitan dan tetap menerima tawaran lakonan.

Namun, sejak akhir tahun lalu, kesihatan Allahyarham beberapa kali merosot dan doktor sendiri telah meramalkan jantungnya boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja.

Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfi leman Cathay Keris.

Lakonan pertama Allahyarham adalah sebagai pelakon pembantu dalam fi lem Orang Lichin di samping seniman Datuk S. Roomai Nor.

Atas lakonan yang cukup berkesan, Tan Sri P Ramlee telah menawarkan Allahyarham untuk berlakon bersama dalam fi lem Antara Dua Darjat. Selepas itu, Allahyarham turut membintangi filem Seniman Bujang Lapok dan gelaran Abang Kus kekal sehingga kini.

Sunday, February 17, 2013

Rais: Kegigihan Kuswadinata boleh dicontohi generasi muda



17 Februari 2013

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim .
KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan satu kajian khusus berhubung perjalanan karier dan kegigihan pelakon veteran Allahyarham Kuswadinata supaya boleh dicontohi generasi hari ini dan akan datang.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata walaupun keadaan kesihatannya kurang baik, Allahyarham masih gigih untuk terus menyumbang kepada industri kreatif amnya dan industri filem khasnya.

"Sifat-sifat ini dapat dijadikan contoh dan tauladan kepada pelakon layar perak pada masa akan datang. Kita kehilangan seorang seniman yang mempunyai latar belakang serta perjuangan yang lama dan bersejarah khasnya bagi perfileman dan produksi drama Melayu.

"Allahyarham mempunyai latar belakang dan pengalaman yang lama dan luas di Singapura bersama Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarham S.Roomai Noor dan Allahyarham Omar Suwita," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Kuswadinata di kediaman Allahyarham di Taman Rasmi Jaya, Ampang dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Md Afendi Hamdan dan Ketua Pengarah Finas Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah.

Kata Rais dalam kajian itu, pihak Finas akan bertanggungjawab berhubung sumbangan serta rekod sejarah dan perjuangan Allahyarham.

Beliau turut menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan Artis berjumlah RM5,000 kepada balu Allahyarham Kamariah Mohd Said, 58.

Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia pada 5.07 petang semalam di Hospital Ampang kerana beberapa penyakit termasuk kanser usus dan sakit buah pinggang.

Menurut Kamariah jenazah Allahyarham dibawa dari kediaman beliau ke Masjid Bukit Indah, Ampang untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Kosas sebelum solat Zohor hari ini.

Allahyarham yang dilahirkan di Singapura memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1957 melalui syarikat perfileman Cathay Keris.

Allahyarham yang diingati dengan watak 'Abang Kus' dalam filem Seniman Bujang Lapok antara lain turut membintangi filem Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas III.  - Bernama

Saturday, February 16, 2013

Seniman Kuswadinata meninggal dunia


Wartawan Sinar Harian
16 Februari 2013
Kuswadinata
Walaupun keadaan agak tenat, namun Kuswadinata tetap melayan rakan yang melawat.
NEGARA dikejutkan dengan pemergian seniman Kuswadinata akibat pendarahan dalam perut yang dialaminya. Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.07 petang tadi di Hospital Ampang.

Allahyarham yang dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu, akibat pendarahan dalam perut dan muntah darah, turut menghidap penyakit prostat, masalah buah pinggang dan kanser usus.

Allahyarham meninggalkan isteri, Kamariah Mohd Said, 57, dan empat orang anak, Jasmine, 27, Hafsham, 26, Irwan, 25 dan Rizal, 23 tahun.

Semasa hayatnya, Allahyarham pernah membintangi beberapa filem bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee, antaranya Seniman Bujang Lapok dan Antara Dua Darjat.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi berkata, Kuswadinata, 74, meninggal dunia kira-kira 5 petang dan jenazah akan dibawa pulang ke alamat No.7, Jalan Rasmi 1, Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.

Jenazah dijangka dimandi sebelum disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang pada 8 pagi esok, katanya ketika dihubungi Bernama.

Anak kelahiran Singapura itu memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris.

Allahyarham juga berlakon dalam filem Ibu Mertuaku,  Lang Buana dan Gerak Khas 3.

Friday, February 15, 2013

JINS SHAMSUDDIN KINI UZUR DAN PERLU PENJAGAAN RAPI



KUALA LUMPUR: Seniman negara, Tan Sri Jins Shamsuddin, 77, kini uzur dan memerlukan penjagaan rapi sehingga tidak boleh dibiarkan bersendirian di rumah.

Isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 52, berkata kebanyakan teman Jins tidak mengetahui keadaan terkini kesihatan suaminya kecuali teman rapat.

“Sejak tamat perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara setahun lalu, Jins kini lebih banyak meluangkan waktu di rumah dengan menonton televisyen dan membaca,” katanya selepas kepimpinan Persatuan Darul Ridzuan (PDR) melawat pelakon veteran itu di kediamannya di Kampung Pasir, dekat sini, semalam.

Antara yang melawat Jins ialah Naib Presiden PDR, Datin Raja Hanaliza Raja Ahmad Tajudin, Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail dan bendahari, Datuk Abdul Wahab Jaafar.
Mohd Hilmi berkata, PDR sentiasa bertanya khabar ahli yang uzur atau mereka yang ditimpa malang.

“Sebelum ini, Jins memang aktif berpersatuan khususnya untuk anak-anak Perak yang menetap di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Sebaik mengetahui keadaan kesihatannya, kami terpanggil melawatnya hari ini (semalam) untuk mengetahui perkembangan terkini pelakon itu,” katanya berharap kunjungan dapat beri keceriaan kepada seniman itu.

Cerai: Halal TAPI Dimurkai Allah SWT

 Pertanyaan:

Assalamualaikum…..saya telah berumah tangga dan mempunyai seorang anak. Masalahnya sekarang ni saya dah tak boleh hidup dengan suami saya atas sebab saya sudah tidak mencintai suami saya. Saya sudah puas untuk memupuk perasaan cinta saya kepada suami tapi saya betul-betul tak boleh.kadang kala saya tak dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan baik. Saya tak mau terus dibelengu perasaan seperti ini.

Saya akui suami saya seorang suami yang baik. Tapi masalahnya hati dan perasaan saya tak cintakan dia lagi. Saya cuma ada rasa simpati dan kasihan atas diri suami saya.  sekiranya saya ingin memohon penceraian bagai manakah prosesnyadan apakah jenis talak yang akan saya tuntut. Adakah pembayaran untuk kes penceraian dan berapakah jumlah bayaran. Apakah hak penjagaan anak akan saya perolehi? Saya ingin kepastian.

Isteri Resah.

Jawapan:




Wa’alaikumussalam w.b.t. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : Perkara halal yang amat dibenci oleh Allah ialah talak (Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah ) Merujuk kepada maksud hadith di atas perceraian adalah salah satu jalan keluar bagi suami dan isteri untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam rumahtangga. Walau pun perceraian itu halal tetapi ia merupakan sesuatu yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Justeru keretakan dan kedinginan hubungan suami isteri hendaklah di atasi dengan cara yangsebaik-baiknya.

Berusahalah bersungguh-sungguh dan dengan sedaya upaya yang boleh untuk menyuburkan semula kasih sayang yang telah dibina bersama sebelum ini. Hindarilah perasaan benci dan marah terhadap suami atau cuba elakkan diri daripada menjalin hubungan sulit dengan pihak ketiga.

Puan telah mengakui bahawa suami adalah seorang yang baik dan dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Terimalah qada’ qadar AllahS.W.T. terhadap jodoh yang telah ditentukan. Nabi bersabda lagi, Bahawa Allah S.W.T. melaknat wanita yang sengaja memohon cerai daripada suaminya tanpa alasan yang diharuskan oleh syarak.

Thursday, February 14, 2013

Gua Kandu Gopeng


MARZUKI Ahmad (kanan) memberi penerangan mengenai Gua Kandu di Gopeng, Perak, baru-baru ini. - UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz

GOPENG 24 Julai - Bagaimanakah rasanya jika anda terperangkap dalam sebuah ruang yang gelap dan tidak mampu mencari laluan keluar?

Lebih mencemaskan apabila anda melalui laluan yang sama berkali-kali dalam suasana hening, dingin dan persekitaran yang berdebu.

Pasti keadaan itu akan mengundang keresahan walaupun sebenarnya tanpa anda sedari ia membawa anda kepada satu laluan bagi merungkai keajaiban misteri alam semula jadi yang belum diterokai sepenuhnya.

Jika pengalaman sebegitu yang anda cari, Kem Kandu Eco Adventure yang terletak di kampung Gunung Mesah Hulu di daerah Gopeng adalah jawapannya.

Menurut pengarah kem merangkap pemilik Gua Kandu, Marzuki Ahmad, keadaan gua tersebut yang masih belum terusik menyebabkan ia sering menjadi pilihan kepada mereka yang gemarkan aktiviti penerokaan gua yang ekstrem.

Katanya, ini kerana mereka yang mahu memasuki gua itu perlu berhati-hati kerana tiada laluan khas disediakan selain tidak mempunyai lampu yang dipasang di dalam gua itu.

"Ini istimewanya Gua Kandu kerana keadaannya masih terpelihara dan berbeza dengan gua rekreasi lain di negeri ini yang disediakan trek laluan pejalan kaki," katanya kepada penulis sebelum memulakan pengembaraan di gua berkenaan baru-baru ini.

Sebelum memulakan pengembaraan, penulis yang turut disertai tiga lagi peserta lain diberi penerangan tentang laluan yang bakal kami tempuhi.

Sambil berbual ringkas, kami diberikan peralatan topi keselamatan dan lampu suluh di kepala bagi memulakan perjalanan meneroka gua batu kapur yang berusia lebih 400 juta tahun itu.

Walaupun diberikan pilihan untuk menggunakan laluan pintas, namun, atas rasa inginkan cabaran, kami memilih laluan sama yang digunakan pendaki lain.

Cuaca yang baik tidak menyukarkan pendakian apatah lagi di sepanjang laluan telah direntangi tali-tali yang sedia dipasang sepanjang laluan.

Tiba di satu kawasan lapang berhampiran pintu gua, Marzuki berkata, kawasan itu pernah dijadikan pejabat operasi dan pentadbiran tentera semasa pemerintahan Jepun.

Malah, katanya, tentera Jepun juga mahu menjadikan kawasan itu sebagai landasan dan tempat menyimpan kapal terbang mereka namun tidak tercapai apabila perang tamat dan Jepun menyerah kalah.

"Ramai orang kampung yang dikerahkan untuk menyiapkan landasan ini namun hanya separuh sahaja yang sempat disiapkan sebelum perang tamat pada 1945.

"Tidak lama selepas Jepun meninggalkan gua ini, ia dijadikan tempat pentadbiran dan persembunyian pengganas komunis termasuk beberapa pemimpin utama mereka seperti Chin Peng," jelasnya.

Kami kemudian meneruskan perjalanan sebelum terhenti apabila Marzuki menyuluh lampu ke satu arah yang menempatkan lukisan lambang bintang tiga yang terdapat di dinding gua.

Menurut Marzuki, kawasan lapang yang tertera lambang bintang tiga itu merupakan bilik mesyuarat yang pernah digunakan semasa pengganas komunis berada di gua itu.

Perjalanan diteruskan sebelum ada di antara kami yang bersuara dan bertanyakan kepada Marzuki mengapa rombongan kami melalui laluan yang sama sebanyak dua kali.

Menjawab sambil tersenyum, Marzuki berkata, penerokaan di Gua Kandu umpama berpusing dalam satu laluan bulatan yang besar.

Jika pada awalnya, penerokaan kami kelihatan agak santai namun, apabila hampir separuh perjalanan dilalui, kesukaran perjalanan semakin dirasai.

Ada di antara laluan itu memerlukan kami mendaki dan menuruni cerun gelap setinggi 50 hingga 80 kaki. Tidak kurang juga ada yang memerlukan kami merangkak untuk tiba ke lokasi seterusnya.

Namun, kepayahan yang dilalui nyata berbaloi. Apatah lagi apabila berpeluang melihat sendiri tekstur permukaan dinding dan bumbung gua yang terbentuk sejak jutaan tahun lalu seperti dinding langsir serta batu berombak-ombak.

Ia boleh diumpamakan seperti berada di dalam sebuah dunia yang asing. Melihat keindahan stalagtit dan stalagmit yang bercantum lalu membentuk pelbagai bentuk arca di segenap penjuru gua itu, nyata mempesonakan.

Tidak hairanlah, gua ini sering menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara yang mahu menyaksikan sendiri keunikannya. Sekali imbas, ada di antaranya yang menyerupai bentuk telur gergasi, obor-obor, ekor ikan, gajah, wanita yang sedang berdoa dan kepala singa.

"Arca-arca ini terhasil secara semula jadi dengan melibatkan elemen angin, kelembapan dan cahaya. Tiada tangan manusia mampu menciptanya.

"Ada di antaranya telah berusia ribuan tahun dan cuba bayangkan, untuk menjadikan satu sentimeter bentuk aliran tersebut memerlukan masa selama lima tahun," jelasnya.

Utusan

Kenapa Dirindu vi

Memang tak diduga awak pandai berjanji
tapi sengaja awak bermain kata-kata
amat mudah awak berpaling tadah
dengan alasan paling melukakan
awak memilih orang berada.

Memang tak pernah aku fikirkan
percintaan ini amat sementara
awak selamba mengucapkan
selamat tinggal padaku
kejamnya sikapmu.

Memang tak mungkin aku lupakan
keegoanmu melampaui batas
tiada simpati kelukaan ini
melanggan cinta dusta
relakan diriku hampa.

(Tak seharusnya kita berjumpa
pun awak sengaja berpura-pura)

iDANRADZi
Desa Tualang Perak.

Wednesday, February 6, 2013

kembalikan semula award RM82,000

Mahkamah Rayuan kembalikan semula award RM82,000 kepada operator mesin 

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengembalikan semula award Mahkamah Perusahaan sebanyak RM82,000 kepada seorang operator mesin bagi pemecatan secara tidak adil.

Panel tiga hakim dipengerusikan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali membenarkan rayuan M. Rajagopal untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan keputusan Mahkamah Perusahaan itu.
Mohamed Apandi berkata, bekas majikan Rajagopal, Rex Metal Packaging Bhd (kini Blagden Malaysia Bhd) tidak dapat membuktikan kesnya kerana pengadu, pengurus operasi syarikat itu, tidak hadir di Mahkamah Perusahaan untuk memberi keterangan.


Pada 2005, satu inkuiri dalaman diadakan dan Rajagopal, yang sudah bekerja dengan syarikat itu selama 31 tahun, dibicarakan bagi tiga pertuduhan.

Pertuduhan pertama ialah menghasut rakan sekerjanya supaya bekerja secara perlahan, keduanya mengadakan mesyuarat secara haram di premis syarikat itu dan ketiganya didakwa mengugut pengurus operasi, Gan An Hean.

Sepanjang tempoh itu, Rajagopal iaitu wakil kesatuan sekerja pada waktu itu dan syarikat itu (terlibat dalam pengeluaran tong dram logam) sedang merundingkan perjanjian bersama yang baru.

Rajagopal, diwakili peguam M. Eswary, dipecat selepas inkuiri mendapati dia bersalah terhadap pertuduhan ketiga sahaja.
Dia mengemukakan aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan bagi pemecatan secara tidak adil mengikut Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan aduannya dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.

Pada Disember 2009, Mahkamah Perusahaan membenarkan tuntutan Rajagopal bagi pemecatan secara tidak adil dan memberikan award RM82,940 sebagai pampasan tidak diambil bekerja semula.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan Hapipah Monel memutuskan adalah penting bagi majikan memanggil Gan memberi keterangan kerana beliau saksi utama.

Gan memberikan keterangan di inkuiri itu tetapi tidak berbuat demikian di Mahkamah Perusahaan.

Rajagopal, kini berusia 60 tahun, mengemukakan rayuan menerusi Kesatuan Sekerja Kakitangan Metal Industries. - BERNAMA

Monday, February 4, 2013

Kenapa Dirindu v

Kenapa dirindu aku yang kurang segala
aku tak mampu memberikanmu hadiah mahal
untuk awak gembira mengimpikan duniawi
jauh sekali menjadikanmu insan hartawan
gah dengan kemewahan segala.

Kenapa dirindu aku yang rawan segala
aku tak larat melangkah kaki khudrat emas
untuk awak bertatah intan serta permata
aku sekadar punyai cinta sejati
samar tak pernah usai di hati.

Kenapa dirindu seorang aku yang keliru
aku tak mampu lagi menyirami putih salju
lantaran segalanya telah aku taburkan
ketulusan yang terbiar di taman larangan
tak pernah pun awak rasai cinta permai.

Kenapa dirindu seorang aku yang lugu
menjejak bayang semalam yang suram
sedangkan awak sentiasa meniti buntu
tanpa menyedari kehadiran cintaku
yang tak pernah mengenal erti palsu.

iDANRADZi
Sagamihara Japan.

Saturday, February 2, 2013

Kenapa Dirindu iv

 

Sakit kronik makin membekam diri
tak perlulah awak merindu
pada jasad yang kian lara
lagi tak punya khudrat bercinta.

Aku akan pergi meninggalkan awak
mungkin di dunia sana nanti
aku akan bersama awak
awak jangan sampai curang
jika awak miliki kekasih lain di dunia
gugurlah hakmu menjadi Ketua Bidadariku
aku sekadar menanti sepi
hanya gumbira bersama Bidadari-Bidadariku.

Ada ketika tak semua impian
akan menjadi satu kenyataan
sementelah antara dua hati
asyik bergolak tiada kesungguhan

memiliki diri tanpa keraguan.

iDANRADZi
Asahan Melaka.