Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Friday, March 8, 2013

ADIL DAN ZALIM


Manusia mempunyai dua sifat semulajadi iaitu zalim dan adil. Kedua-dua sifat ini menyebabkan mereka sesat dan tidak melaksanakan amanah Allah Taala. Akibatnya mereka hidup dalam keadaan kufur dan tidak aman. Untuk menyelamatkan mereka daripada keadaan tersebut Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui memberi hidayah dengan menurunkan al-Quran dan mengutuskan Rasul supaya mereka dapat berlaku adil dan mempunyai ilmu untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan keadilan.

Ayat al-Quran berikut merakamkan kenyataan di atas:

(Surah Al-Ahzab ayat 72) Ertinya:
Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan

(Surah Al-Baqarah ayat 213) Ertinya:
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisih), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci yang tersebut itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, ( Mereka berselisih ) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman kearah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinnya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang betul dan lurus (mengikut undang-undang peraturannya).

PENGERTIAN ADIL

Terdapat beberapa pengertian yang di buat oleh Ulamak tentang adil:
1. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya.
2. Adil bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang.
3. Adil bererti memberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menghukum orang yang jahat atau melanggar hukum setara dengan kesalahannya.

Daripada ketiga-tiga pengertian yang tersebut dapatlah dirumuskan bahawa keadilan itu:

1. Menjamin hak individu (diri sendiri dan orang lain).
2. Menghapuskan kezaliman.
3. Melaksanakan hukum dengan saksama.
4. Memastikan orang berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa dan orang yang lemah tidak teraniaya.

ADIL KEPADA DIRI SENDIRI

Menurut Islam keadilan dan kezaliman boleh berlaku pada diri sendiri dan pada orang lain. Asas keadilan pada diri sendiri ialah iman, amal Soleh dan akhlak mulia dan asas kezaliman pada diri sendiri ialah kufur, maksiat dan akhlak yang hina. Selain itu setiap orang hendaklah menjaga hak, keperluan dan kehormatan diri sendiri iaitu hak keperluan dan kehormatan rohani dan jasmani. Sebab itu orang Islam di larang daripada membiarkan diri teraniaya.
Firman Allah Taala: (Surah Al Baqarah Ayat 195) Ertinya:
Dan belanjakan ( apa yang ada pada kamu ) kerana ( menegakkan ) Agama Allah. Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil) dan perbaikilah ( dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.

Lebih utama lagi, bagi menegakkan keadilan pada diri sendiri seseorang itu hendaklah berani mengakui kesalahan dirinya sendiri dan bersedia menerima akibat daripada kesalahan tersebut. Keadilan pada diri sendiri itu dapat dipelihara apabila seseorang itu mempunyai ilmu tentang yang benar (hak) dan yang salah (batil), tentang yang baik dan yang buruk, tentang yang berguna dan sia-sia. Orang yang beriman dan menyedari akan hakikat diri dan amalannya akan sentiasa berdoa kepada Allah Taala seperi doa Nabi Adam Alahissalam.

( Surah Al A?raf Ayat 23 ) Ertinya:
Mereka berdua merayu : ?Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi.?

Sabda Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasallam; Ertinya:
Berlaku adillah walaupun ke atas diri kamu.

Orang yang tidak beriman dan orang yang melakukan maksiat sebenarnya orang yang zalim kepada diri sendiri kerana mereka tidak akan terlepas daripada hukuman Allah Taala di dunia dan di akhirat disebabkan mereka tidak mahu menyahut seruan Islam dan tidak patuh kepada hukum yang ditentukan oleh Allah Taala.

ADIL KEPADA ORANG LAIN


Keadilan kepada orang lain berasaskan penyempurnaan hak mereka dan melaksanakan hukum secara saksama antara mereka, membela orang yang teraniaya dan menghukum orang yang bersalah. Ini berdasarkan ayat al-Quran:

(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.
(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya:
Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Asas bagi melaksanakan keadilan kepada orang lain ialah:
1. Iman dan takwa kepada Allah.
2. Amanah, bertanggungjawab dan Ihsan.
3. Ilmu dan kebenaran bersumberkan al-Quran, hadis, Ijmak dan qias.
4. berpandukan kaedah atau prosedur melaksanakan hukum atau undang-undang.

Tanpa berpegang pada asas (prinsip) yang tersebut manusia boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi atau kebendaan sehingga mereka sanggup melakukan kezaliman dalam pelaksanaan keadilan iaitu:
1. Orang yang lemah tidak mendapat haknya dan orang yang kuat merampas hak orang yang lemah.
2. Orang yang bersalah bebas daripada hukuman dan orang yang tidak bersalah teraniaya.
3. Hukum tidak berlandaskan kebenaran dan keadilan, tetapi berlandaskan kekuasaan dan kepentingan tertentu.

SIFAT ORANG YANG ADIL.


Antara sifat-sifat orang (hakim) yang dapat berlaku adil.
1. Mempunyai iman yang kukuh dan bertakwa kepada Allah Taala.
2. Menguasai ilmu syariat dan ilmu Aqliah.
3. Melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.
4. Ikhlas dan bertawakal kepada Allah Taala.
5. Berperibadi mulia iaitu:
i-   tidak mementingkan diri sendiri
ii-  berperikemanusiaan dan belas Ihsan.
iii- Bijak dan tegas
iv- Berani menghadapi risiko.

Sabda Rasullalahi Sallallahu Alaihi Wassalam Yang bermaksud :
(Hakim) itu tiga jenis ; dua daripadanya masuk ke Neraka dan satu daripadanya masuk ke Syurga.

Lelaki (Hakim) yang tahu perkara yang benar, lalu ia menghukum berlandaskan kebenaran tersebut, maka ia masuk ke Syurga. Dan lelaki (Hakim) yang tidak tahu perkara yang benar, lalu ia menjalankan hukuman atas kejahilannya, maka ia masuk ke Neraka.

Sumber: http://www.al-azim.com

  • Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu, fakta sejarah, merendah diri & adil.
  • Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa semasa, berbual kosong & berleka.
  • Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan diri sendiri , ego, hasad dengki, pendendam & sukar memaafi.

Friday, March 1, 2013

Terkini! Lahad Datu Diisytihar Darurat?


 Tembak Menembak Berlaku

Lahad Datu, Sabah diisytihar darurat? Itulah topik panas yang sedang berlegar-legar di ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter. Mengikut dari beberapa status di Facebook, tembak menembak telah berlaku di Lahad Datu antara Komando Malaysia dan penceroboh Kesultanan Sulu.
Namun kesasihan perkara ini masih belum dapat dipastikan memandangkan akhbar-akhbar tempatan masih belum mengeluarkan apa-apa perkembangan secara rasmi.

tembak menembak di lahad datu
tembak menembak di lahad datu

Kebanyakkan info mengenai perkara ini diperolehi daripada akhbar online Filipina.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.

Semoga tentera kita dan orang-orang di Lahad Datu berada dalam keadaan selamat. Harapnya berita yang tersebar mengenai beberapa kematian ini tidak benar.

Khasiat Sebiji Epal Hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Najib: Penceroboh sepatutnya terima tawaran M'sia



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung
Tanduo, Lahad Datu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar dari kawasan itu secepat mungkin.
  
"Kita ambil sikap yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di Lahad Datu kerana kita cuba elak

pertumpahan darah dan selesai masalah dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu merupakan kesalahan besar dan serius.
  
"Mereka sepatutnya dapat menerima tawaran kita keluar dari kawasan kita dengan secepat mungkin. Lagi lama mereka kekal di situ mereka akan terdedah dengan bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka," katanya kepada pemberita di Pekan hari ini.
  
Najib mengulas insiden tembakan di kawasan itu hari ini setelah kumpulan penceroboh yang diketuai adik kepada 'Sultan Jamalul

Kiram III' Agbimuddin Kiram enggan meninggalkan kawasan itu setelah berkubu di kawasan itu lebih tiga minggu dengan membuat beberapa tuntutan.
  
Bagaimanapun beliau bertegas bahawa kerajaan memandang serius apa yang sedang berlaku di Lahad Datu itu.

"Kita tidak akan biarkan perkara ini berlanjutan tanpa sesuatu tindakan yang dilakukan pihak pasukan keselamatan, saya beri jaminan, kita pandang serius dan kita akan lakukan apa saja yang perlu dan menjamin kedaulatan negara kita," katanya.
  
Najib juga memberi jaminan untuk mengambil langkah sewajarnya memperketat keselamatan Sabah.
  
Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino III baru-baru ini bahawa kumpulan penceroboh itu agar  jangan menguji kesabaran Malaysia.
  
"Apa yang dikatakan Presiden Aquino memang tepat dengan pendirian kita. Jangan menguji kesabaran kita, kesabaran kita ada had, kita ada perancangan untuk mengusir mereka keluar, sebaik-baiknya mereka menyerah diri dan keluar dengan baik," katanya.
  
Perdana menteri terdahulu melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang di Pekan.

- Bernama

Terkini :Pencerobohan di Lahad Datu tamat




Jumaat 1 Mac 2013

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah telah tamat.

ABS-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut.

azlanMenurutnya, dua anggota polis Malaysia terbunuh dan seorang lagi cedera selepas kenderaan mereka ditembak oleh kumpulan tersebut.

ABS-CBNnews memetik Hernandez sebagai berkata duta telah memaklumkan bahawa pencerobohan itu telah tamat.

Hernandez berkata, jabatan halehwal luar (DFA) sedang mengesahkan laporan dari pengikut Sultan Jamalul Kiram bahawa 10 pengikut Azzimudie terbunuh dan empat yang lain cedera.

"Apa yang kita tahu dari duta Malaysia ialah 10 pengikut Azzimudie menyerah diri dan pemilik rumah tempat Azzimudie tinggal telah
terbunuh. Di pihak berkuasa Malaysia, dua orang terbunuh dan seorang cedera selepas kenderaan polis Malaysia ditembak oleh kumpulan tersebut," demikian menurt kenyataan Hernandez.

Laporan itu juga menyebut bahawa dua pengikut Azzimudie telah melarikan diri ke arah laut, menurut Duta Malaysia.

NONEManila juga telah meminta kebenaran untuk membolehkan kapal Tentera Laut Filipina, AT-296 BRP Tagbanua, ke Lahad Datu untuk
membolehkan kakitangan perubatan Filipina merawat mereka yang cedera dan membawa pulang baki anggota kumpulan itu ke kampung dan keluarga masing-masing.

Sementara itu, akhbar The Star melaporkan polis di Lahad Datu berkata mereka tidak menerima sebarang arahan untuk menguatkuasakan perintah darurat.

Ketua Polis Daerah Semporna Timbalan Supt Firdaus Francis Abdullah berkata mereka semua bersiap sedia, bersama-sama dengan pasukan keselamatan lain.

"Kami masih belum menerima apa-apa perintah darurat dari pihak berkuasa atasan," kata Firdaus, sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga adalah perlu dan rakyat perlu bertenang.

"Ramai yang bimbang masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tidak perlu bimbang di sini sebagai lelaki bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu," katanya.

Pihak polis juga menasihatkan orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan jangan mendengar khabar angin./Mkini

Sultan Sulu

Berita Terkini Pencerobohan Lahad Datu, Perkembangan Militan Di Lahad Datu - Kisah Seluruh Dunia

Berita terkini pencerobohan Lahad Datu, Perkembangan Militan Di Lahad Datu - Kisah Seluruh Dunia | Dengan kedegilan tentera Sultan Sulu untuk keluar dari Sabah, Presiden Filipina telah bertindak dengan tegas. Presiden Filipina, Benigno Aquino telah memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa akan mengenakan tindakan undang-undang jika gagal menamatkan pencerobohan di Sabah.

Berita terkini pencerobohan Lahad Datu, Perkembangan Militan Di Lahad Datu - Kisah Seluruh Dunia





Aquino memberitahu Sultan Jamalul Kiram III untuk memanggil balik 180 pengikutnya termasuk kira-kira 30 daripada mereka yang bersenjata daripada terus menceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu

    “Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, tindakan tegas berdasarkan undang-undang negara ini akan digunakan untuk memberi keadilan kepada semua

    “Keadaan seperti ini tidak boleh berterusan. Jika anda benar-benar pemimpin orang anda, anda harus bekerjasama dengan kerajaan untuk mengarahkan pengikut anda pulang ke rumah dengan aman,” kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen nasional

Aquino juga memberi amaran kepada Jamalul Kiram bahawa beliau telah mengarahkan suatu siasatan terhadap ‘kemungkinan pelanggaran undang-undang oleh pihaknya, pengikut dan pihak terlibat berhubung pencerobohan itu’

Selain itu Aquino berkata kerajaannya bekerja dengan pihak berkuasa Malaysia dalam usaha untuk menyelesaikan secara aman pencerobohan berkenaan.

Sumber: AFP

Gelengg@ng:

Tenguk dalam gambar macam bukan 30 orang bersenjata ni.



Lahat Datu

Inilah Wajah Anggota Kita Yang Syahid Di Lahad Datu ! Allahuakbar


Teman dapat gambar ini daripada rakan blogger AAKJ. Jika benar gambar ini sebagai anggota keselamatan yang terbunuh, teman ingin melahirkan rasa simpati keluarga mangsa dan teman berdoa supaya rohnya tergolongan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

TERKINI : Pertempuran Lahad Datu Korban 2 Anggota

Share

Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina, Philstar.com menyebut kini sedang berlaku insiden berbalas tembakan di Lahad Datu antara tentera Sultan Sulu,
Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Malaysia di sekitar bandar di timur Sabah itu.

Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum dapat dipastikan. Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan. Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu juga meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.

Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari
insiden tersebut tetapi pentadbiran presiden Aquino kini dalam
keadaan bersiap sedia untuk mengerahkan anggota tenteranya ke
sempadan laut di Laut Sulu manakala Putrajaya dipercayai sudah
membuka (situation room) bagi merencana pelan tindakan seterusnya.

Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini
yang memungkinkan tahap keselamatan untuk penduduk tempatan
diragui. Sultan Kiram III masih tidak berganjak dengan keputusannya
untuk terus menakluk Lahad Datu walaupun Manila sudah
mengarahkan tentera sultan meninggalkan Sabah secepat mungkin
seperti yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa jam lalu.

Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai
bersembunyi akibat khuatir keselamatan mereka terancam sekiranya
melaporkan kejadian itu kepada agensi berita masing-masing dan
ditahan pihak berkuasa. Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah
(SAPP), Yong Teck Lee dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi
menyebut pasukan keselamatan mengarahkan penduduk sekitar
bandar itu agar mengunci pintu rumah masing-masing. Deretan kedai
dan pasaraya di bandar itu ditutup sejak perintah tersebut berkuat
kuasa sehingga sekarang.

Kawalan keselamatan secara keseluruhannya masih berada di dalam
kekuasaan pasukan keselamatan Malaysia yang bertugas dalam
lingkungan radius 25 kilometer dari pusat bandar.
Beliau juga memaklumkan kesemua perkhidmatan penerbangan
MASWings ke Lahad Datu dibatalkan dan beberapa pesawat milik
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah mendarat di bandar
itu awal pagi tadi.

Bilangan anggota tentera yang tiba belum dapat dipastikan tetapi
jumlahnya dikatakan cukup untuk memusnahkan ketumbukan tentera
Sultan Sulu itu dalam tempoh kurang dari tiga hari.

“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI
MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG
TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD
DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″

Beberapa terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di Lahad Datu
 
12:13PM Mac 1 2013  
Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, Bernama melaporkan  Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.
   
Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir.
   
Kejadian itu bagaimanapun masih belum disahkan oleh polis.

Menurut sumber pasukan keselamatan, operasi menahan penceroboh itu dipercayai dijalankan secara bersepadu melibatkan pasukan polis dan tentera termasuk Pasukan Gerakan Am, pasukan Komando 69 dan polis marin.
   
Keadaan di pekan Lahad Datu tegang dengan banyak premis kedai ditutup manakala penduduk pula tidak keluar dari kediaman masing-masing.
   
Pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Feb lepas apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke perairan Malaysia pada 9 Februari dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung itu sebagai pangkalan mereka.
   
Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.
   
Kumpulan itu yang didakwa diketuai Agbimuddin Kiram mendakwa mereka adalah tentera 'Raja Sulu' dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu.
   
Sejak itu, Malaysia mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan 22 Februari lepas sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka.

Bagaimanapun Malaysia melanjutkan lagi tempoh pengusiran mereka kepada 26 Februari sementara menunggu sebuah kapal tentera Filipina tiba untuk membawa kumpulan penceroboh itu pulang ke tanah air.
   
Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai
 faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina itu.
   
Hamza menegaskan pihaknya akan menggunakan undang-undang negara untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu. 

Faizul Rv Bin Muhammad · · Pengulas Tertinggi
ladang ayah saya bersebelahan ngan kawasan tu, tdi dia ada dngr bunyi tembak menembak dah...