Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Friday, March 1, 2013

TERKINI : Pertempuran Lahad Datu Korban 2 Anggota

Share

Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina, Philstar.com menyebut kini sedang berlaku insiden berbalas tembakan di Lahad Datu antara tentera Sultan Sulu,
Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Malaysia di sekitar bandar di timur Sabah itu.

Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum dapat dipastikan. Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan. Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu juga meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.

Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari
insiden tersebut tetapi pentadbiran presiden Aquino kini dalam
keadaan bersiap sedia untuk mengerahkan anggota tenteranya ke
sempadan laut di Laut Sulu manakala Putrajaya dipercayai sudah
membuka (situation room) bagi merencana pelan tindakan seterusnya.

Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini
yang memungkinkan tahap keselamatan untuk penduduk tempatan
diragui. Sultan Kiram III masih tidak berganjak dengan keputusannya
untuk terus menakluk Lahad Datu walaupun Manila sudah
mengarahkan tentera sultan meninggalkan Sabah secepat mungkin
seperti yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa jam lalu.

Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai
bersembunyi akibat khuatir keselamatan mereka terancam sekiranya
melaporkan kejadian itu kepada agensi berita masing-masing dan
ditahan pihak berkuasa. Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah
(SAPP), Yong Teck Lee dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi
menyebut pasukan keselamatan mengarahkan penduduk sekitar
bandar itu agar mengunci pintu rumah masing-masing. Deretan kedai
dan pasaraya di bandar itu ditutup sejak perintah tersebut berkuat
kuasa sehingga sekarang.

Kawalan keselamatan secara keseluruhannya masih berada di dalam
kekuasaan pasukan keselamatan Malaysia yang bertugas dalam
lingkungan radius 25 kilometer dari pusat bandar.
Beliau juga memaklumkan kesemua perkhidmatan penerbangan
MASWings ke Lahad Datu dibatalkan dan beberapa pesawat milik
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah mendarat di bandar
itu awal pagi tadi.

Bilangan anggota tentera yang tiba belum dapat dipastikan tetapi
jumlahnya dikatakan cukup untuk memusnahkan ketumbukan tentera
Sultan Sulu itu dalam tempoh kurang dari tiga hari.

“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI
MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG
TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD
DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″

Beberapa terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di Lahad Datu
 
12:13PM Mac 1 2013  
Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, Bernama melaporkan  Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.
   
Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir.
   
Kejadian itu bagaimanapun masih belum disahkan oleh polis.

Menurut sumber pasukan keselamatan, operasi menahan penceroboh itu dipercayai dijalankan secara bersepadu melibatkan pasukan polis dan tentera termasuk Pasukan Gerakan Am, pasukan Komando 69 dan polis marin.
   
Keadaan di pekan Lahad Datu tegang dengan banyak premis kedai ditutup manakala penduduk pula tidak keluar dari kediaman masing-masing.
   
Pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Feb lepas apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke perairan Malaysia pada 9 Februari dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung itu sebagai pangkalan mereka.
   
Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.
   
Kumpulan itu yang didakwa diketuai Agbimuddin Kiram mendakwa mereka adalah tentera 'Raja Sulu' dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu.
   
Sejak itu, Malaysia mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan 22 Februari lepas sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka.

Bagaimanapun Malaysia melanjutkan lagi tempoh pengusiran mereka kepada 26 Februari sementara menunggu sebuah kapal tentera Filipina tiba untuk membawa kumpulan penceroboh itu pulang ke tanah air.
   
Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai
 faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina itu.
   
Hamza menegaskan pihaknya akan menggunakan undang-undang negara untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu. 

Faizul Rv Bin Muhammad · · Pengulas Tertinggi
ladang ayah saya bersebelahan ngan kawasan tu, tdi dia ada dngr bunyi tembak menembak dah...

No comments:

Post a Comment