Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Thursday, January 31, 2013

Kenapa Dirindu iii



Semuanya telah diatur rapi
segala janji pun telah diikati
telah mendapat kata sepakat
cuma menunggu hari disatukan.

Tanpa diduga masih ada memikat
tak kenal batas serta garis adat
bolehkan hati awak berubah arah
membiarkan segala menjadi parah
hatta awak tidak kenal kekitaan lagi
terungkitlah masalah remeh-temeh diri
sebelum ini tak pernah aku fikirkan; kendiri

Beralah aku entahkan ke berapa kali
luka dulu belum pun sembuh lagi
terpaksa membalut luka yang baru
terpaksalah seorang aku kembali ke diri
sedarlah aku sementelah di zaman kini
cinta boleh saja hancur dek ujud status
aku tak punya apa sering terpinggir
dengan insan yang punyai lebih segala
merambangkan cinta yang ada;
siapakah kekasih yang tidak setia?

iDANRADZi
Jenaris Kajang

32.01.13

Tuesday, January 29, 2013

Kenapa Dirindu ii

Dia tak pernah pun menoleh ke belakang
jauh sekali menghadap awak datang lagi
bagaikan telah terkunci pintu hatinya.

Menyukai tak semestinya menyintai
cubalah berpijak di bumi nyata
jika perlu awak elok cermin diri
& cuba pejamkan mata seketika
apakah awak layak bergandingan
dengan dia atau cuma hayalan ngeri
statusnya  diri awak di mana?
berbanding dia yang ada segala.

Jika dia menoleh ke belakang
lalu memberikan senyuman
itu pun sudah cukup membuktikan
jalinan ini masih ada jangka hayat.

Kekinian lebih baik awak belajar melupai.

iDANRADZi
Jenaris

29.01.13




Kenapa Dirindu

 kenapa dirindu pada yang tak sudi
 entah dia ingatkan kita entah tidak
 entah-entah dia membenci kita
 nak buat apa bertepuk sebelah tangan
 nak buat apa merayu pada yang tak sudi
 mungkin bisikan semalam hanya igauan
 nak buat apa jadi gila bayang
 sampai diri tak jadi orang.

 iDANRADZi
 29.01.13

Wajah nan Cantik

Mungkin ramai tak ikut perkembangan filem Hindustan & tak tahu nama pelakon ini. Kim Sharma seorang pelakon & modeling. Tapi sejak kebelakang ini jarang muncul.
Ini pula semua orang kenal... asalnya dia memang ratu... cantik .