Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Wednesday, July 17, 2013

PLUS -gua tempurung

Ni bukan cerita seram. Tapi nak kongsi pengalaman masa memandu dalam pukul 9 malam di PLUS dekat kawasan Gua Tempurung-Gopeng-Perak. Masa tu kitorang nak balik KL dari Ipoh. Selalunya kitorang memang ikut jalan lama, lebih seronok dan kembara (taknak bayar tol). Tapi di sebabkan hujan lebat selebat-lebatnya malam tu, Shah buat keputusan ikut lebuh raya PLUS. Aku cuma mengikut saja, sebab dia yang memadu. Lagipun takut juga, jalan biasa ni banjir. Maklumlah hujan lebat.

Sampai di gua tempurung tiba-tiba Shah brek mengejut. Aku yang tengah belek-belak telefon bimbit terkejut. Aku tanya dia apahal. Shah cakap "Awak tak nampak ke ada orang melintas jalan?" Aku geleng. Memanglah aku tak nampak dah mata asyik duk tengok telefon bimbit. Shah cakap "Fuh, nasib baik tak langgar, kalau tak, dia tumpang kereta kita" Huhuuhuu... Seram bulu tengkok aku. Dan aku rasa itu lah yang menyebabkan kemalangan selalu berlaku di lebuh raya. Mujur Shah bawa kereta perlahan dan cermat. Dia sempat brek. Kalau yang bawak laju tu, dah sah-sah masuk gaung.

Kejadian begini memang pernah aku alami beberapa kali dulu. Masa tu aku bujang, naik RG sport kesayangan seorang diri balik BG dari Kampar. Habis kerja petang pukul 11mlm. Sampai di kawasan Gunung Mesah aku nampak sesuatu di tepi jalan. Putih. Bercahaya. Aku perlahankan motor, takut terlanggar kalau benda tu melintas tiba-tiba. Aku masih biasa bila aku lalu sebelah benda tu. Walaupun dalam hati dah berpuluh ayat kursi aku baca. Benda tu pun tak bergerak. Aku tanamkan dalam hati benda tu hanya guni. Tapi lepas je melepasi benda tu, enjin aku mati. Tiba-tiba aku mati kutu. Nak taknak terpaksa menolak beberapa meter. Mujur masa tu ada beberapa kereta lalu. Bila aku tendang pedel saja motor terus hidup. Aku meneruskan perjalanan. Aku tahu benda tu bukan apa2... esoknya aku periksa motor, buka plug. Oh plug aku kotor rupanya.... Patutla enjin mati tiba2 (nak sedapkan hati).

Jangan kata aku dan Shah tak baca Bismillah sebelum memulakan perjalanan. Kami sentiasa ingat Allah. Dan sentiasa menerima qada dan qadar kalau ada perkara yang akan berlaku. Perkara sebegini tak boleh dijangka. Tuhan yang menentukan buruk baik sesuatu perkara. Buruknya sesuatu perkara untuk kita simpan sebagai iktibar. Baiknya sesuatu perkara untuk kita nikmatinya dan bersyukur. Jin dan syaitan ada di mana-mana, tapi jangan pula kita terlalu percaya pada mereka. Sebab bukan Jin dan Syaitan yang berkuasa. Allah melebihi segala-galanya...

No comments:

Post a Comment