Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Saturday, April 16, 2016

Terminal Bersepadu Selatan.



Kejap lagi kena ke TBS hantar Anif balik ke Parit Raja... moh kita ke Sungai Besi.

2. Anif akan sambung belajar di UTHM Parit Raja. Cuti sekitar seminggu sahaja. Dia mahu balik dengan rakannya. Padahal di Terminal Kajang pun ada bas ke Batu Pahat.

3. Ada masalah parkir di TBS ni... patutnya pihak pengurusan sediakan pegawai keselamatan; tutup saja gat masuk parkir jika tiada parkir, jangan jadikan pengunjung mangsa aninaya... masuk saja kena bayar RM4 tapi tiada parkir. Kasihan jika perlu bantu keluarga bawa beg...

4. RM4 bukanlah mahal mana tapi bayangkan tadi tak sampai 15 minit sy di parkir TBS; sampai ke parkir teratas di bumbung... tiada satu pun parkir kosong; Malahan terlalu banyak kereta terpaksa parkir di luar kotak. Di bahu lorong naik; amat bahaya. Sekitar lebih 10 orang cari parkir; memang tak jumpa. Emm jika 10 pengunjung udah RM40; kutipan parkir HARAM namanya tu.

No comments:

Post a Comment