Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Monday, April 18, 2016

HAKIKAT

i. Mentari perang bagaikan jatuh di pelepah pisang. Mengucapkan selamat tinggal buat siang. Aku akan beradu lena sendirian dengan mimpi sepi yang tidak bertepi.

ii. Ada ketika cinta ini adalah penjara yang maha sakit. Mengikat aku untuk melangkah. Dengan hukum & adat juga jodoh kurnian Tuhan.

iii. Kehidupan tidak lagi dapat dikawal oleh takdir. Jauh sekali kudrat dapat bebas. Melapah cinta agung yang diimpikan tak lagi menjadi agenda peribadi.

iv. Sementelah semuanya bagaikan yang hak tidak bermilik. Yang punya tidak bernama. Yang ada terus meminggir. Kekasih selamatkanlah aku di makam akhirat.

iDANRADZi
Jenaris Kajang.




respon
Peluit Ralit






Pak Ngah Umaq
Terbaik

No comments:

Post a Comment