Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Monday, April 18, 2016

tempoyak & tenggek burung

tempoyak & tenggek burung
Sangat sukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
 lain
Komen
Nor Aini Terasa lapar perut tgk sambal tempoyak

Peluit Ralit kak mila tak balik lagi... ulaman ada depan rumah tu... ulam pucuk kaduk & pucuk mengkudu... sambai x ada cicah budu saja Ani.. Nor Aini.

Rohana Ree Dap nya smbai tmpoyak...ulam timun pn jadi ler
SukaBalasanpada 14hb April jam 7.19 ptg
Peluit Ralit Tempoyak Daun... orang NS pandai buat ni... kegemaran si Anif

Peluit Ralit sedap...

Rohana Ree Daun apa tu abg idan
SukaBalasan
Peluit Ralit pucuk labu atau pucuk ubi pun okey... resipi sebenar kena tanya orang NS.

Mas Halili Hamzah Sedapnyaaa

Peluit Ralit *

Tempoyak Daun.

BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk ubi - ambil pucuk yang muda saja
4 helai pucuk daun kunyit
10 helai pucuk kaduk - yg pucuk muda saja
5 batang serai- dimayang nipis
5 papan petai - ambil buah petai saja
2 genggam ikan bilis - bersihkan
5-6 sudu besar tempoyak atau secukupnya
pati santan secukupnya
garam secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT : 10 biji cili hidup - boleh tambah 1 inci kunyit hidup * Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri , saya tak tambah asam keping atau pun gula sebab tempoyak ni dah cukup masak manisnya .

CARA MASAK : - pilih pucuk ubi sahaja , daun kunyit , pucuk kaduk , serai dan di bersihkan semuanya kemudian dihiris halus-halus supaya bila dimasak cepat empuk terutama serai . Semua ikan bilis dibasuh dan ditumbuk hancur . - Masukkan santan dengan bahan ditumbuk , ikan bilis ke dalam kuali serta dikacau rata dan masak santan ni sampai mendidih . Masukkan semua pucuk ulam dan dikacau dan dibiarkan masak sehingga empuk . Masukkan tempoyak secukupnya bersama garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga sambal mendidih dan masak . Boleh la ditutup api dapur dan biarkan sambal sejuk dahulu sebelum dihidangkan . Bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa sendiri .

No comments:

Post a Comment