Translate

Bantu iDAN Sila Klik

Monday, April 18, 2016

Baru balik dari Taman Selayang Mutiara...




Cantik taman ini; tadi jumpa orang kampung KCT... Pak Tahir & warisnya yang kini berumur 86 tahun. Punyakah payah nak cari dengan bertanya Pak Google Peta. Sesat larat ikut kampung lama arwah Yot duduk Kampung Nakhoda.

2. Masuk Selayang Baru. Tanya neng tepi jalan entah di mana ditunjuknya.

Komen


Peluit Ralit Asal kawasan ini dipanggil Bukit Botak. Asal dulu kawasan setinggan sahaja. Kerajaan buat permindahan dengan bayaran RM100K rumah ni kini harga pasaran udah naik RM400K.


Rostna Mohdfauzi Cantik rumah....



Peluit Ralit siapa sangka asalnya tinggal setinggan... sekarang jauh lebih cantik rumah mereka banding rumah teres sy ni...




Peluit Ralit

Peluit Ralit Na... abgnya Kamal terima menantu hujung bulan ni hari Sabtu 30hb kan? Yeop teringin sangat nak pergi... hari tu udahlah miss kenduri di rumah Na... Kamal Ahamad Kamal.

tempoyak & tenggek burung

tempoyak & tenggek burung
Sangat sukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
 lain
Komen
Nor Aini Terasa lapar perut tgk sambal tempoyak

Peluit Ralit kak mila tak balik lagi... ulaman ada depan rumah tu... ulam pucuk kaduk & pucuk mengkudu... sambai x ada cicah budu saja Ani.. Nor Aini.

Rohana Ree Dap nya smbai tmpoyak...ulam timun pn jadi ler
SukaBalasanpada 14hb April jam 7.19 ptg
Peluit Ralit Tempoyak Daun... orang NS pandai buat ni... kegemaran si Anif

Peluit Ralit sedap...

Rohana Ree Daun apa tu abg idan
SukaBalasan
Peluit Ralit pucuk labu atau pucuk ubi pun okey... resipi sebenar kena tanya orang NS.

Mas Halili Hamzah Sedapnyaaa

Peluit Ralit *

Tempoyak Daun.

BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk ubi - ambil pucuk yang muda saja
4 helai pucuk daun kunyit
10 helai pucuk kaduk - yg pucuk muda saja
5 batang serai- dimayang nipis
5 papan petai - ambil buah petai saja
2 genggam ikan bilis - bersihkan
5-6 sudu besar tempoyak atau secukupnya
pati santan secukupnya
garam secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT : 10 biji cili hidup - boleh tambah 1 inci kunyit hidup * Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri , saya tak tambah asam keping atau pun gula sebab tempoyak ni dah cukup masak manisnya .

CARA MASAK : - pilih pucuk ubi sahaja , daun kunyit , pucuk kaduk , serai dan di bersihkan semuanya kemudian dihiris halus-halus supaya bila dimasak cepat empuk terutama serai . Semua ikan bilis dibasuh dan ditumbuk hancur . - Masukkan santan dengan bahan ditumbuk , ikan bilis ke dalam kuali serta dikacau rata dan masak santan ni sampai mendidih . Masukkan semua pucuk ulam dan dikacau dan dibiarkan masak sehingga empuk . Masukkan tempoyak secukupnya bersama garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga sambal mendidih dan masak . Boleh la ditutup api dapur dan biarkan sambal sejuk dahulu sebelum dihidangkan . Bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa sendiri .

Abg Amr Bidin mengingatkan:

pada 3hb April jam 10.04 pagi

Tak kira la Sihat ke.. Cantik ke, Hensem ke, Kaya ke Miskin ke,
Senang ke atau Susah ikut macamana sekali pun.. soal nya adakah kita ingin hidup yang serba serbi berkurangan dalam semua hal.. tentu tidak kan..

Didunia ni lah kita patut rebut peluang yang ada.. Tak Kaya tak Senang tapi biar jangan susah.. Tak Cantek tak Hensem tapi jangan sampai memburukkan diri kita. Biar tak sihat tapi jangan sampai sakit melarat hingga Kronik.

Ruginya ada kekadang tu rupa cantik, hensem tapi tak pandai berhias & berkemas diri. Banyak duit tapi tak pandai nak urus keluar masuk duit. apakah jasa dan peluang kita yang ada telah kita gunakan untuk kebaikan bersama, terutama keluarga kita.

Jangan nanti bila kita mati tiada peninggalan untuk keluarga tersayang.


Pergi senyap-senyap


Baru yeop tahu... telah setahun lalu gadis Idola yeop Maznah Harun cucu Wak Dom kct telah kembali mengadap Ilahi.

Padanlah mesej & wsapp yeop tidak berjawab. Tan adiknya yang kasi tahu yeop semasa majlis cucu Pak Tahir semalam. Dia selalu bual dengan yeop yang dia mahu amat kembali berkampung di kct. Di tanah pusakanya. Kami punyai impian bersama. Tanah pusaka arawha & tanah pusaka yeop sepelaung sahaja. Maznah lebih muda dari yeop. Kami punyai banyak rahsia teramat rahsia bersama. Tak sangka cepat sangat Maznah ni pergi.

Agar roh Maznah di sisi mereka yang beriman. Rakan di Group MaPES yang dikelolakan oleh Abg9 & Abg8 seharusnya hantar entri di sini berita kematian begini. Mungkin ada kalangan kita yang sempat ziarahi.

Panjang-panjangkan & rapatkan semula ukhuwah kct.

al-Fatihah

CINTA ITU KELIRU



Aku mahu menyahutnya
lambaian cinta semalam
tapi harumnya kian hilang
dek igauan usia yang tua.

Sungguh cinta itu bersalut simpati
tak mungkin ianya akan padam sendiri
selagi hati itu terus mengingati ilusi
selagi cinta itu akan terbiar dipinggiri
dari segenap rumput kenangan
sampailah ke belukar kehidupan
segalanya tidak membuktikan impian.

Yang dipercayai sebenarnya ingkar
yang dimiliki sebenarnya curang
yang didambakan sebenarnya hilang
yang mengharap sebenarnya walang.

Kekinian segalanya tak punya apa
selain dari kita akan saling tiada
berjanji dengan segala titik noda
bercinta dengan titisan air mata
berkelana dengan segala bencana.

(Ada baiknya kita dipisahkan
daripada disatukan erti keliru)

iDANRADZi
KCT Kota Bharu Perak.
6hb Januari 2014

Arwah Maznah beri respon...
pada 6hb Januari 2014 jam 1.21 pagi

Assalamuallaikum idan, gambar apa di dalam kepulan awan ni, adakah gambaran kenderaan/ tunggangan Nabi SAW semasa naik ke langit (teknik Gambar). Emm... ilham yang bagus!.

(Arwah Maznah pergi tahun lalu tak tahu pun pemergiannya)

Abg Amr Bidin menulis:

pada 11hb April jam 8.17 pagi ·

Adapun Sembahyang itu adalah ibadat... bukan untuk Dunia tapi satu amalan soleh. Adapun berdoa itu satu permohonan... belum pasti dikabulkan tapi satu pengharapan.

Setiap permulaan pasti akan berakhir. Setiap yang mula pasti akan ada penghujungnya.

Yang hidup dan mati itu adalah jasad. Yang hadir itu adalah roh...akan kita kenal bila di akhirat kelak.




Peluit Ralit Abg Bidin adalah rakan kct sy... kampung kami bersebelahan. Abg Bidin lama tak jenguk kita di KuCuiT tapi tetap aktif di fb... Amr Bidin.



Rozita Mat Nee Abg bidin penulis jgk ke


Peluit Ralit pujangga... dia kaya dengan falsafah... orang lama ni ada banyak tersembunyi pengalaman hidup yang boleh kita contohi...


Rozita Mat Nee Org skrg ssh dh nk jmpe pujangga bagai.org skrg lbh suka ckp terus n cpt je.x de lg ayt bunga2


Peluit Ralit Ita ada ketika perlu juga kata berbunga... orang kata jiwang karat... sebab ada ketika ianya tersembunyi atau tersirat ayat nan berlapis.

HAKIKAT

i. Mentari perang bagaikan jatuh di pelepah pisang. Mengucapkan selamat tinggal buat siang. Aku akan beradu lena sendirian dengan mimpi sepi yang tidak bertepi.

ii. Ada ketika cinta ini adalah penjara yang maha sakit. Mengikat aku untuk melangkah. Dengan hukum & adat juga jodoh kurnian Tuhan.

iii. Kehidupan tidak lagi dapat dikawal oleh takdir. Jauh sekali kudrat dapat bebas. Melapah cinta agung yang diimpikan tak lagi menjadi agenda peribadi.

iv. Sementelah semuanya bagaikan yang hak tidak bermilik. Yang punya tidak bernama. Yang ada terus meminggir. Kekasih selamatkanlah aku di makam akhirat.

iDANRADZi
Jenaris Kajang.




respon
Peluit Ralit






Pak Ngah Umaq
Terbaik

Saturday, April 16, 2016

Terminal Bersepadu Selatan.



Kejap lagi kena ke TBS hantar Anif balik ke Parit Raja... moh kita ke Sungai Besi.

2. Anif akan sambung belajar di UTHM Parit Raja. Cuti sekitar seminggu sahaja. Dia mahu balik dengan rakannya. Padahal di Terminal Kajang pun ada bas ke Batu Pahat.

3. Ada masalah parkir di TBS ni... patutnya pihak pengurusan sediakan pegawai keselamatan; tutup saja gat masuk parkir jika tiada parkir, jangan jadikan pengunjung mangsa aninaya... masuk saja kena bayar RM4 tapi tiada parkir. Kasihan jika perlu bantu keluarga bawa beg...

4. RM4 bukanlah mahal mana tapi bayangkan tadi tak sampai 15 minit sy di parkir TBS; sampai ke parkir teratas di bumbung... tiada satu pun parkir kosong; Malahan terlalu banyak kereta terpaksa parkir di luar kotak. Di bahu lorong naik; amat bahaya. Sekitar lebih 10 orang cari parkir; memang tak jumpa. Emm jika 10 pengunjung udah RM40; kutipan parkir HARAM namanya tu.